Khalid Samad mengkambing hitamkan diri sendiri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 15, 2009

Khalid Samad mengkambing hitamkan diri sendiri?

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad akur terhadap keputusan kepimpinan Pusat parti itu supaya menghentikan amalan bai'ah talak tiga terhadap isteri yang didedahkan oleh beliau sebelum ini.
Sambil menyifatkannya sebagai keputusan sebulat suara jawatankuasa tertinggi Pas Pusat, beliau berkata, ketetapan itu perlu dipatuhi semua pemimpin parti itu di Selangor.
"Saya akur dengan keputusan ini (tolak bai'ah talak tiga). Tidak ada masalah.
"Kalau kepimpinan Pas Pusat mahu kita amalkan bai'ah rasmi (laknat Allah), kita ikut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. [utusan]
Janganlah membina kefahaman diri di atas puingan salah faham ( misalnya yang tadilah ) terhadap sahabat - sahabat di dalam satu jamaah. Saya menjadi takut tulisan - tulisan YB yang lain dibina di atas landasan yang sama. image :  pinkturtle
Apa kurang faham apa yang Khalis Samad maksud dengan "akur terhadap keputusan kepimpinan Pusat parti itu supaya menghentikan amalan bai'ah talak tiga terhadap isteri yang didedahkan oleh beliau sebelum ini"

Mungkin akur tak buat lagi di masa depan la kut. Tu pun kalau ada peluang jadi calon lagi, kalau takdak peluang nak akur apanya. Pasainya, setau aku benda taklik ni mana boleh tarik balik, kalau boleh tarik balik, senang laa, apa masalahnya kalau nak lompat parti pun. Sebelum lompat tarik balik dulu la taklik tu. Masalahnya memang tak boleh tarik balik.

Tapinya yang aku mushkil pasai apa Khalid Samad ja yang timbui. Pasai apa Khalid Samad ja yang sungguh-sungguh cuna nak 'perbetui' persepsi. Mana wakil rakyat lain. Yang aku paling mushkil pasai apa Dr. Hasan Ali tak bersama-sama bagi clear isu ni.

Pasai apa takdak pun kenyataan dari dia, padahal isuni timbui pun asainya dari dia, dari pertemuan bloggers dengan dia dan Ust Nasa. Pasai apa nama dia Cikgu Pa tak sebut tapi nama Khalid ja yg Cikgu Pa sebut, takkan Cikgu Pa takdak makluat pasai pertemuan Dr. Hasan dengan bloggers hari tu.

Macam mana pulak dengan video youtube Adun Gunung Semanggul yang terang-terang kata dia buat baiah talak tiga. Rakaman perbualan masa pertemuan Dr. Hasan/Ust Nasa dengan bloggers pun dah tersebar. Takkan Ckgu Pa belum tengok dan dengar lagi.

Aku sangat setuju dengan pendapat Tulang Besi. Mungkin Umno dah ada simpan salinan bai'ah tu. Nak jadi lagi haru salinan yang ada tandatangan pimpinan utama Pas, depa saja simpan dulu untuk disebarkan 2, 3 hari sebelum pilihanraya, mana nak dan Pas kalau nak jawab masa tu. Isunya masa tu bukan pasai bai'ah sangat tapi pasan PEMIMPIN PAS PENIPU,

Aku rasa-rasa la, memang saja-saja Khalid Samad mengaku dia buat bai'ah macam tu. Pasainya aku rasa dia fikir lebih baik benda tu keluar dari mulut Pas dari keluar dari sumber lain. Aku rasa dia fikir, biarlah dia jadi kambing hitam demi untuk memperbaiki persepsi terhadap Pas.

Hangpa rasa macamana?


Media Pengiklanan Baru 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...