Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.
Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat. Masyarakat seluruhnya akan melihat betapa khianatnya manusia ini, demi jawatan, pangkat dan wang sogokan. Dengan itu, sudah pasti dia akan dikutuk kerana sifat khianatnya yang begitu terserlah melalui kesanggupan mencerai talak tiga isterinya demi semua itu. [+- sepenuhnya di sini]
Media Pengiklanan Baru