Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Kelihatan juga Unit Amal PAS Malaysia turut memberikan bantuan ditempat kejadian.
Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.
Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.
Baca berita penuh di sini.
Komen aku : Kesian kat budak-budah tu jadi mangsa. Lagi kesian kat mak bapak budak-budak tu. Memang malang tak berbau tapi masalahnya macamana depa buat jambatan tu baru 2 minggu dah runtuh.
Apa kesan kejadian malang ni?
- Mamat kontraktor yang buat jambatan tu memang tak senang duduk la lepas ni.
- Pihak Pejabat Pelajaran Negeri memang akan kecoh la, semua mintaklaporan.
- Lepas ni tentu timbul cerita pasai tahap keselamatan di kem-kem perkemahan. Mungkin lepas ni Dosh akan masuk periksa semua tempat tu. Mungkin jugak akan ada satu lesen khas untuk kem perkemahan.
- Jangan cari cerita pasai Unit Amal terlibat sama dalam usaha menyelamat dalam laporan di akhbar perdana, tentu takdak punya, yang ada dilaporkan cuma sumber 'media baru' macam kat blog Ajijoi saja.