Apa cerita perjumpaan Hasan Ali dengan blogger? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 27, 2009

Apa cerita perjumpaan Hasan Ali dengan blogger?

Kalau tak silap aku semalam Dr. Hasan Ali ada panggil beberapa blogger Pas untuk berdialog di rumah dia. Bolggers Pas maksud aku yang terkenal ja la. Dah tentu la aku tak termasuk dalam senarai yang dipanggil tu. Cumanya aku memang ada member blogger bagi tau yang dia dijemput sama. 


Sebelum tu pu aku memang ada terbaca kat komen di blog Dr. Wahab, Dr. Wahab dijemput melalui komen tu oleh Roslan Sms

Assalamualaikum wm wb
YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali ingin mengundang rakan-rakan bloggers ke rumahnya untuk majlis ramah-mesra dan dailog. Tarikh: Isnin 26 Oktober Isyak berjemaah di alamat:
Lot 3586 jalan 4/71B pinngiran ttdi, (depan masjid al ghufron)
Harap dapat confirm kehadiran melalui telefon atau sms ke Roslan Shahir 019 260xxxx
sekian terima kasih [link]

Jadinya apa yang dicerita dalampertemuan tu, kongsi la sama. Mungkin lebih baik untuk pas kalau hangpa yang pi sana tu kongsi dengan orang lain. Kalau takmau kongsi secara terbuka pun boleh kongsi secara tertutup dengan aku, hantar la kat aku melalui email. 

Pasainya aku rasa tak tenteram sangat bila baca blog Umno yang satu tu. Blog si Gomo. Si Gomo bangang tu ada tulis antara lain

Maka terjawap sudah akan Kerajaan Perpaduan di antara Umno dan Pas. Dengan kenyataan Hassan Ali bertempat di rumahnya yang di hadiri Ustaz Nasha dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah dapat merungkai apa sebenarnya yang berlaku.

Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini. Pimpinan Pas telah sebulat suara untuk keluar dari Pakatan Pembangkang yang nampaknya sudah lari dari konsep asal mereka. campur Tangan Anwar dalam banyak isu juga telah membuatkan Pas meluat dalam pakatan Pembangkang ini. [link]
Aku teringin sangat nak kata apa yang malaun tu tulis adalah fitnah semata-mata tapi masalahnya aku takdak kat sana dan takdak pulak 'perawi yang adil' cerita kat aku apa yang hangpa sembang kat sana. Takat boleh kata ja laa...

Jadinya kalau yang dia tulis tu fitnah semata-mata dan aku memang harap semua tu fitnah semata-mata macam fitnah lain yang dia tulis kat blog dia, aku harap bloggers yang pi ke sana tu tolong nafikan apa yang si Gomo malaun Umno tu tulis.

Kalau Dr. Wahab pi sana sama semalam, tolong la bagi hint sama kat aku, kalau takmau tulis terang-terang pun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...