Guru KAFA bakal dapat durian runtuh? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 20, 2009

Guru KAFA bakal dapat durian runtuh?


http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/FARDU%20AIN.JPGGURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Perak yang mengajar 60 jam sebulan sepatutnya menerima elaun bulanan berjumlah RM1,249.88, berbanding RM500 sebulan seperti ditetapkan garis panduan dikeluarkan negeri.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 berpendapat, guru Kafa berkenaan sepatutnya menerima elaun tambahan berjumlah RM749.88 sebulan kerana mengajar 36 jam melebihi tempoh masa 24 jam dalam sebulan yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, guru Kafa yang mengajar melebihi 18 jam sebulan, layak menerima elaun RM500 tetapi lawatan Jabatan Audit ke 20 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) mendapati waktu pengajaran dan pembelajaran dikendalikan guru ialah 15 jam seminggu, iaitu melebihi sembilan jam seminggu.

Audit berpendapat, pembayaran elaun 2,898 guru Kafa yang mengendalikan 105,594 murid di 664 SRAR di Perak, tidak memuaskan dan masih di bawah paras kemiskinan, walaupun kerajaan negeri sudah menaikkan elaun kepada RM575 bermula Januari lalu.

“Guru Kafa juga memohon elaun RM500 dinaikkan bersesuaian keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

“Selain itu, nisbah 20 penyelia untuk menyelia 2,898 guru Kafa juga tidak seimbang, malah elaun RM750 sebulan diterima mereka juga dianggap rendah berbanding beban tugas dilaksanakan,” katanya. [link]
Agak-agak boleh dapat ka? Aku tak yakin langsung. Pasainya yang pertama sekali pasai guru Kafa ni boleh kata semuanya orang Melayu, tambah pulak aku yakin kerajaan pusat tau kebanyakkan guru Kafa ni sokong PAS.


Lagi satu pasainya memang la ni kerajaan bukan ada duit sangat, kalau dak takkan PM susah payah bagi alasan  untuk bentang "buat suntikan pakej rangsangan yang besar".
Kerajaan berpendapat adalah lebih penting untuk memastikan rakyat sentiasa selamat dan dalam keadaan selesa serta tidak terbeban dengan masalah ekonomi berbanding menumpukan usaha untuk membendung defisit tambahan yang dialami negara. [link]


Link Keratan Akhbar
  1. Guru Kafa Perak patut dibayar elaun RM1,249.8
  2. Keselesaan rakyat lebih penting

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...