Internet lembab pelabur lesap | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 20, 2009

Internet lembab pelabur lesap

"Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

"Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

"Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna," katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing. [link]

Aku ingat dah hebat sangat la Malaysia pasai ada Malaysia Super Corridor (MSC). walaupun dimulakan 1 Nov 1995, dah dekat 15 tahun. Ingatkan dah ok la internet kat Malaysia, rupa-rupanya tak tara mana.

PG_Free-WiFiWalaupun memang masih lebih baik dari beberapa negara jiran "tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang."

Masalahnya bukan saja lembab tapi yang lagi buat ramai tak puas hati selalu sangat down. Line tak stabil memang perkara biasa. Tambah lagi la kalau kat tempat yang jauh sikit dari bandar besar. Kat kampung yang jauh di hulu-hulu jangan cerita la, langsung takdak line.

Apa cerita dengan plan nak bagi free wi-fi seluruh pulau pinang?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...