Hari ni Bernama melaporkan yang Laporan Ketua Audit Negara 2008 banyak tak puas hati pasai air kat Selangor.
Untuk atasi masalah tu Laporan Ketua Audit Negara 2008 mencadangkan supaya Selangor mewartakan kawasan sumber air mentah dengan segera untuk elak diceroboh.
Kelewatan untuk melindungi kawasan tadahan air telah mengakibatkan pencerobohan seperti aktiviti pengorekan pasir di Sungai Beranang antara 2006 dan 2008 yang mencemari air sungai itu dan pencemaran di muka sauk Sungai Semenyih untuk loji rawatan air Sungai Semenyih.Aku harap Exco yang berkenaan kena tengok benda ni bagi selesai. Selain tu kena tengok jugak syarikat sapa yang kurang ajar sangat pi ceroboh korek pasir yang aku yakin bukan takat kat Sungai Beranang tapi banyak tempat lain lagi. Kena dakwa tuan punya syarikat tu, kalau takat dakwa drebar mesin sedut pasir tu dengan drebar lori ja tak jadi.
Berdasarkan, purata Indeks Kualiti Negara, pihak audit berpendapat purata indeks bagi Sungai Tengi di Kuala Selangor dan Sungai Semenyih di Hulu Langat, tidak memuaskan kerana berlaku trend penurunan setiap tahun bermula dari tahun 2006.
Laporan itu juga menyebut bahawa tangki dan kolam imbangan loji pembersihan air Sungai Sireh tidak pernah dicuci melebihi 10 tahun dan mendapati Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAs) kerana tidak melaksanakan urusan cuci kolam dan tangki air pada tahun 2008. [link]
Syarikat yang ada lesen pun kena tengok juga, puak-puak tu bukan boleh harap sangat, selalu sangat depa dapat lesen sejengkai tapi depa korek sampai lebih sedepa. Kalau depa ikut suka depa, tarik balik lesen depa, ramai lagi yang boleh buat kerja korek pasir tu.
Kawasan hutan simpanan kekal juga digunakan secara haram untuk binaan penempatan perumahan, bangunan komersial, rumah ibadat, penternakan burung walet dan rusa, dan pemberian hak milik sementara tanah yang belum diwarta.Bab ni pun sama, kena perati sungguh-sungguh. Jangan harap sangat kat kakitangan kerajaan ja, terutama sekali yang ada kuasa tandatangan. Depa tu dah lama sangat kerja guna kaedah yang Umno ajar. Hangpa kena ajar betui-betui macamana cara kerja yang PR nak. Bukan takat ajar ja, pantau pun kena selalu.
Pemantauan JPNS terhadap aktiviti pembiakan benih udang di kawasan hutan simpan kekal Sungai Kapar yang menjejaskan kualiti alam sekitar di kawasan itu juga tidak memuaskan kerana kekurangan pegawai penguatkusa dan peruntukan kewangan yang terhad.
Laporan itu juga menyentuh mengenai populasi kelip-kelip di Sungai Selangor di sekitar Kampung Kuantan dan mendapati ia terancam kerana hutang pinggir ditebang untuk pertanian oleh pemilik tanah persendirian.
"Sekiranya kawasan ini tidak dipulihkan, industri pelancongan di sini akan terhapus bersamasama kepupusan kelip-kelip di kawasan tersebut," menurut laporan itu.
Laporan itu mengesyorkan JPNS mengkaji semula permit penggunaan hutan simpan kekal, menambah pegawai penguatkuasa dan memohon peruntukan khas untuk membaik pulih kawasan yang telah diceroboh. [link]
Kalau depa buat salah kena tegur, kalau depa buat salah yang teruk sangat kena ambik tindakan. Jangan dok kira la orang melayu ka, orang cina ka atau orang india ka. Siasat betui-betui, dakwa depa kalau ada bukti. Bila dah sabit salah kena jatuhkan hukuman.
Jangan silap kesian, bukan tak boleh kesian kat depa pasai depa ada anak bini, tapi hangpa kena lebih kesian kat lagi ramai rakyat yang lagi ramai anak bini yang susah pasai kakitangan kerajaan tu punya tahana. Lagi pun hukuman tu boleh jadi peringatan untuk yang lain jugak, biar depa beringat sikit.
Link Keratan Akhbar