Aku ingat lagi, aku sampai boleh call Cyberboron tanya pasai undang-undang Perak ni padahal dia bukan mengaji undang-undang tapi aku tanya dia pasai aku rasa dia dah graduate 'Universiti Terbuka Perak' major dalam undang-undang.
Kali ni giliran di kedah pulak. Kes N3 Kota Seputih menyebabkan ramai yang berminat nak kaji undang-undang tubuh kerajaan Kedah. Sebelum ni heboh sana-sini kata kerusi DUN N3 kosong dengan bersandarkan hujjah kepada Perkara 51.
Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong"
Malangnya SPR ada tafsiran lain dan dah pun memutuskan yang kerusi N3 tak kosong dan masih ADUN yang sah.
Tiba-tiba keluar pulak Perkara 52, yang pada aku ayat dia lagi 'daring'.
"Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."
Kalau ikut ayat tersurat, memang sah-sah SPR dah tersilap buat tafsiran. Takkan SPR bermesyuarat bermula 10.30 pagi dan tamat pada 2.30 petang langsung tak rujuk Perkara 52 ni, atau pun depa pun saja simpan 'peluru' sama macam Kerajaan Kedah pun seolah-olah simpan 'peluru'.
Cumanya aku agak mushkil sikit bila bernama melaporkan macam yang aku qoute kat bawah ni.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menggunakan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menggantung kehadiran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional (BN).
"Menggunakan Perkara 52 bermakna mengundang lebih banyak kecelaruan dan mengkucar kacirkan keadaan. Dari awal lagi kita sengaja tidak menggunakannya kerana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskannya.
"Berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan kerusi itu kosong atau tidak," kata Azizan ketika diminta mengulas tindakan lanjut yang mungkin diambil bagi menyingkirkan Abu Hassan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas SPR mengekalkan kerusinya pada Selasa.
Otak 'jahat' aku mula buat andaian yang mungkin Ust Azizan takut nak hadapi PRK kat N3 Kota Seputih tu pasain situ memang 'kubu' Umno. Lagi aku jadi yakin dengan 'otak jahat' aku bila Bernama petik Ust Azizan kata
"Saya kecewa juga kerana PAS Kedah telah bersiap sedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil. Tentu ramai yang kecewa. Bagi saya ada (pilihan raya) pun tidak apa, tidak ada pun tidak mengapa," katanya.
Mungkin jugak Ust Azizan kurang selesa ada PRK dalam masa terdekat ni pasai Kerajaan Kedah ada sikit kucar-kacir bila ADUN Lunas yang jugak Exco letak lawatan. Jadinya perlu masa nak bagi stabil. PRK pastinya akan sedikit sebanyak 'mengalih' fokus kerajaan Kedah.
Tapi aku jadi mushkil pulak bila baca statement rasmi Ketua Penerangan PAS, Ust Idris Ahmad
PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri Kedah.
Nampak macam PAS Pusat dan PAS Kedah tak senada kat sini.
Kalau Ust Azizan tanya pendapat aku (KALAU yang memang tak mungkin punya, hehehe), kalau dia tanya aku akan suruh depa guna sungguh-sungguh Perkara 52 tu. Biar jadi PRK kat N3 Kota Seputih tu.
Toksah peduli sangat kalau calon PAS kalah kat situ pasai memang tempat tu Umno kuat. Tak kisat la kalau keputusan jadi 7-1 pun. Yang lebih pentingnya rakyat kat situ akan dapat manafaat. Tapi kalau boleh menang kat situ memang MAMPUIH UMNO.
Sekurang-kurangnya pun Kerajaan Kedah tak payah lagi penin kena fikir pasai jalanraya kat DUN Kota Seputih lagi lepas ni. Paling kurang pun akan ada satu lagi 'produk pelancungan berasaskan makanan' kat Kedah bila Pasembor Kodiang terkenal macam mee udang terkenal kat Kuala Sepetang hari tu.
Lagi satu, bila ada PRK, ada peluang la untuk bloggers yang ligan hits lebih cepat capai matlamat, hahaha.