Jadinya, apa yang jadi? Nak tau kalu, baca sendiri la kat link tu. Tapi aku rasa aku kena catat sikit kat blog aku, kurang-kurang pun untuk tatapan aku sendiri masa depan.
Macam yang aku agak dan aku rasa ramai yang agak, pihak polis dengan bersungguh-sungguh berkubu depan Bangunan Perak Darul Ridzuan (BPDR) sejak awal pagi. Kat dalam bangunan tu la ada dewan tempat rasmi DUN Perak bersidang. Mungkin depa bersahur kat situ kot. Punya la takut kalau ada yang terlepas menceroboh.
Macam masa sebelum sessi 'sidang bawah pokok' dulu, ADUN PR berkumpul di pejabat DAP dulu. Pejabat DAP tu cuma seberang jalan ja dengan BPDR. Untuk makluman, Pejabat Perhubungan PAS Perak pun ada tak jauh dari situ.
Lepas tu depa bergerak ke BPDR. Dan macam yang dijangka, belum sampai jarak radius 30m depa dah kena sekat. Aku taktau tara mana 'havoc' keadaan kat situ tapi 'keputusannya' 6 orang kena tahan termasuk YB Ngeh Ko Ham, Yb Chan Ming Khai ,Yb Keshvinder, Stanly (wartawan NanYang) dan 3 orang awam.
Dalam masa yang sama ada lagi satu kumpulan yang berbaju kuning dengan perkataan "Daulat Tuanku" berkumpul di belakang benteng polis. Depa dalam 50 orang ni siap dengan banner sokong Zambry.
Kalau ikut perintah mahkamah yang ada kat polis, takdak sapa boleh ada dalam kawasan 30m radius tapi depa ni aku yakin ada 'kekebalan' pasai depa ni 'budak suruhan' Umno.
Bila dah tak dapat masuk ke BPDR, ADUN PR berundur untuk 'plan B', bergerak ke Hotel Heritage, tempat sidang dewan 'sementara'. Kat situ pun katanya ada jugak satu puak geng baju kuning yang cuba nak cetus provokasi, tapi takdak kejadian tak diingini.
Jadinya pada jam 11.00am DUN Perak pun bersidang untuk Persidangan ke berapa, Mesyuarat ke berapa, Penggal ke berapa, tah aku malas nak google. Sidang berakhir jam 1.30pm.
Untuk detail persidangan boleh baca kat sini, sini dan sini. Sumber gambar dan gambar-gambar menarik lain boleh klik gambar berkenaan.