Manek Urai : Polis pun yakin PAS menang. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 14, 2009

Manek Urai : Polis pun yakin PAS menang.

Nampak gayanya peluang PAS menang di Manek Urai esok sangat-sangat cerah. Bukan setakat PAS ja yakin boleh menang dan Umno pulak kata depa payah nak menang, hari ni polis pun macam yakin sangat PAS akan menang.

Aku kata macam tu pasai nampak sungguh-sungguh polis bagi amaran jangan ada 'perarakan kemenangan'. Nampak macam sungguh-sungguh tala kat PR ja. Kalau polis niat nak tala kat Umno aku rasa bahasa yang depa pakai lunak sikit, tentu tak bunyi macam tu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada partiparti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri DUN) Manik Urai supaya tidak mengadakan perarakan untuk meraikan kemenangan selepas keputusan diumumkan malam esok.

Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tindakan itu bagi memastikan ketenteraman awam dipelihara dan menegaskan bahawa polis tidak akan teragakagak mengambil tindakan tegas kepada pihak yang engkar.

"Pihak polis akan hadapi sebarang kemungkinan. Kita akan bertindak tegas," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PDRM di Laloh, Manek Urai, dekat sini hari ini.

Bab perarakan kemenangan n aku pun tak setuju. Selain dari mengggu ketenteraman awam, yang lagi tak patut buat pasai bahaya.

Jenih budak muda ni benda bahaya ni la yang depa seronok. Bagi depa bukannya bahaya tapi mencabar. Depa peduli apa polis nak tangkap ka apa, yang penting enjoi.

Aku ingat lagi masa pilihanraya tahun 1999 dulu, mat-mat motor PAS ni sebuk nak konvoi malam nak mengundi. Nak jad cerita pulak aku malam tu ada kat markaz Titi Serong,memang laluan utama la kalau nak pi pekan Parit Buntar.

Memang kerja gila aku buat malam tu. Kami tiga empat orang tahan depa kat situ. Nasib baik la ada jugak yang kenai aku masa tu walaupun aku sebenarnya batru ja aktif tak berapa bulan.

Aku terdengar ada sorang kata aku ni orang bilik gerakan. Aku pun apa lagi, guna kuasa bilik gerakan laa, padahai aku pernah masuk bilik gerakan tu sekali dua ja, tu pun pasai depa panggil masuk, kena bagi laporan untuk upu.

Nasib baik la depa mau bersurai walaupun ramai yang tak puas hati. Nak cari mampuih kalau depa ni tak bersurai. Yang jadi kepala konvoi tu bawak lori. Banyak pulak yang naik motor helmet pun tak bawak. Kalau jadi kes jenuh nak berjawab.

Yang depa panas sangat tu aku rasa pasai malam sebelum tu, puak-puak IPF mabuk merempit tengah pekan. Tu yang depa hot sangat tu. Kalau konvoi tu terlepas sampai pekan Parit Buntar, mau lembek puak-puak IPF depa belasah tu kalau depa dapat ligan pasai malam tu pun ada jugak puak-puak IPF mabuk merempit.

Malam menang tu biasa laa, memang ada yang kerarak walaupun dah berbuih mulut larang. Ada depa peduli? Ada jugak yang dengar kata tapi yang ramainya dengar jugak cuma tak kut ja.

Yang sebenarnya tak kira sapa pun yang menang, sama ja. Kalau Umno menang pun akan ada 'perarakan' kalau PR Cumanya kalau Pakatan Rakyat yang menang lagi meriah laa pasai dah tentu-tentu lagi ramai.

Ingat 'mat rempit' dalam Umno ja ka ada? Dalam PAS pun belambak dok ada cuma bezanya yang dalam PAS ni reti la jugak time sembahyang, walau pun ada jugak sorang dua yang saja buat-buat tak reti.
Berbalik pada berita mStar tu,
Sebanyak 74 ceramah iaitu 39 ceramah PAS, 34 ceramah Barisan Nasional (BN) dan satu ceramah bebas diadakan sepanjang kempen berlangsung sejak hari penamaan calon pada 6 Julai lepas hingga malam tadi, katanya.

Kut mana pulak boleh ada satu ceramah bebas,aku rasa geng yang ada pusat operasi macam gambar sebelah ni kut.

Artikel rujukan
  1. Polis beri amaran jangan adakan perarakan kemenangan pilihan raya
  2. Bila Anak Muda Bertukar Arah Kepada PAS/Pakatan Rakyat
  3. N-41 Manek Urai: Bilik Gerakan Tenaga Nasional...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...