Manek Urai : Wakil Rakyat lompat lagi ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 13, 2009

Manek Urai : Wakil Rakyat lompat lagi ?

Hari ni MatSamanKati bawak satu cerita sensasi. Katanya ada ADUN Umno nak masuk PAS. Buat masa ni aku memilih untuk tak percaya. Pasai apa? Malas nak sesakkan kepala otak. Anggap berita tu sebagai khabar angin, jadinya boleh buat macam biasa, macam takdak apa-apa yang berlaku.

Secara dasarnya aku tak setuju spesis ahli politik katak ni Memang la kalau betui ada ADUN Umno masuk PAS aku tumpang gembira, kurang-kurang pun melambangkan yang PAS ni makin diterima dan yang paling penting lagi menggambarkan PAS ni memang lebh baik dari Umno.

Tapi tu tak boleh buat aku sokong ahli politik spesis ni. Aku perlu rasional dan bersikap adil untuk diri aku sendiri. Takkan lompat masuk ke PAS boleh tapi lompat masuk ke Umno tak boleh pulak.

Aku tak setuju wakil rakyat melompat parti ni atas beberapa sebab.

  1. Prinsip. Yang lompat parti ni memang takdak perinsip. Pada aku sebagai ahli politik yang aku nak bagi kepercayaan nak jaga negara/negeri, perinsip paling penting sekali. Kalau dia boleh lompat kesini kali ni apa jaminan dia tak lompat balik ke sana kemudian hari. Orang tak berperinsip ni neara pun depa boleh juai.

  2. Pilihanraya Malaysia sekurang-kurangnya sehingga PRU12 yang lepas, kemenangan calon memang ditentukan oleh parti. Sebahagian besar pengundi mengundi parti bukan mengundi calon. Tak kira sapa calon parti yang depa sokong letak depa akan undi, letak tunggui kayu pun depa undi.

    Tambah lagi pulak PRU12, terutama sekali calon pakatan rakyat yang menang d sebelah pantai barat. Depa tak kira sapa, janji lawan Umno depa pangkah. Dah tak peduli dah sentimen kaum atau agama macam sebelum-sebelum ni.

  3. Untuk pilih jadi calon, PAS amat teliti. Ada beberapa kretiria asas yang tak bertulis yang perlu bakal calon lepas sebelum layak diusulkan mana dia. Bukan senang-senang sapa-sapa pun boleh jadi calon. Jadinya bekas YB Umno hampir semua tak layak jadi calon PAs kurang-kurang pun pasai rasuah. Ada ka calon Umno yang tak rasuah.

Jadinya kalau tanya pendapat aku, kalau ada wakil rakyat Umno nak masuk PAS, kena letak jawatan. Bar ada pilihanraya kecik.

Isu depa tak boleh bertanding 5 tahun kalau letak jawatan pada aku tak timbui. Pasainya kalau depa nak masuk PAs tapi sayang jawatan jelas depa tak ikhlas, memang tak layak jadi calon PAS pun. Kalau guna hujjah depa nak berkhidmat dengan rakyat dan buat kebaikan kepada rakyat, tak jadi wakil rakyat pun boleh buat, kalau kena cara boleh lebih lagi dari wakil rakyat.

Lagipun alasan untuk bagi kebaikan lebih bermakna kalau depa leetak jawatan. Bila letak jawatan akan ada pilihanraya kecik. Bila ada plihanraya kecik dah tentu-tentu rakyat tempat tu untung. Masa tu apa saja yang rakyat kawasan tu mintak boleh dapat. Umno pun masa tu la nak bagi kalau boleh segala-galanya depa nak bagi.

Kurang-kurang pun dalam masa 2 minggu rakyat kat kawasan tu akan berutung. Yang mana takdak jalan tar akan dapat jalan tar. Yang mana bunbung bocor akan dapat bumbung baru. Budak-budak sekolah paling kurang boleh dapat dapat beg baru. Senang cerita rakyat kawasan tu cukup murah rezeki masa tu.

Jadinya lebih afdal kalau nak masuk PAS wakil rakyat kena letak jawatan.

p/s: Yang tak kurang pentingnya bloggers macam aku ada banyak bahan nak update blog. hah hah ha!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...