Tapi aku rasa sikit kecewa dengan jawapan dari Ketua Dewan Ulama'
KUALA NERUS - Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib, menafikan kenyataan beliau berkaitan memasang lilin ditujukan kepada sesuatu peristiwa khusus atau kepada seseorang.
Katanya, beliau memberikan panduan secara umum sebagaimana menurut ajaran Islam berdasarkan hadis RasuluLlah SAW.
Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Dailog di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini, petang tadi.
”Islam tidak membuat hukum untuk satu-satu orang, Islam membuat garis panduan untuk semua orang, kita ada dua (pilihan) sebagaimana dalam hadis Rasulullah,
”ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadan,
”saya tak tujukan kepada dia (Nizar), tapi kaedah umum, ada subahat, ada tak subahat, saya kata secara umum, dia (media tersebut) yang tafsir, sepatutnya Nizar tak pergi,”katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar media perdana hari ini berkaitan perkara tersebut.1
Kalau takat macam jawapan kat atas tu, aku tak payah tunggu Ketua Dewan Ulama', ust kot kampung aku dah lama bagi jawapan 'standard' macam tu.
Aku taktau sampai bila ulama' akan gunakan kaedah tu untuk jawab. Jangan salah faham, aku tak kata jawapan tu salah tapi sampai bila ulama' nak guna istilah 'keadaan ragu' padahal kita dah berpuluh tahun merdeka, dan kalau dikira keadaan masyarakat Tanah Melayu ni hidup dalam masyarakat majmuk, sekurang-kurangnya sejak zaman Melaka lagi dah majmuk.
Maksud aku dah beratus tahun kita hidup dalam masyarakat majmuk, takkan ulama' tak pernah kaji tentang agama-agama lain. Takkan ulama' tak teringin nak hilangkan keraguan tu, biar jadi terang dan jelas. Kalau macam tu keadaannya orang Islam tak patut heran kalau penganut agama Islam kat Malaysia ni tak berkembang.
Aku tak rasa aku layak nak ajar ulama' apa yang patut dibuat tapi bila ini keadaannya aku rasa tak salah kalau aku nak sarankan.
Aku nak sarankan kalau boleh Dewan Ulama' ambik tindakan pro-aktif dalam hal-hal macam ni. Pada aku sepatutnya Dewan Ulama' ada satu unit khas mengkaji amalan agama-agama lain yang diamalkan kat Malaysia ni.
Biar jelas yang mana satu amalan agama dan yang mana satu amalan budaya bangsa. Atau mungkin jugak bileh diperincikan lagi, dalam sesuatu amalan tu setakat mana amalan keagamaan dan setakat mana pulak amalan kebudayaan.
Kalau dah jelas di mana sempadannya, tak lagi kita terus menerus gunakan kaedah 'menjauhi perkara yang syubahat' bila yang dulu syubahat tu dah kita ubah jadi samaada haram, makhruh, harus, sunat ataupun wajib.
Pasainya pada pendapat aku yang belajar jurusan sekular ni, kaedah tu hanya sesuai kita guna bila kita berdepan satu keadaan yang baru yang kita tak pernah jumpa sebelum ni dan kita perlu buat ijthad pada masa tu jugak. Pada masa tu memang sangat releven kaedah tu.
Tapi lepas kita dah 'terkena' keadaan tu kita perlu kaji supaya bila kita jumpa lagi keadaan tu, kita boleh dengan yakin bertindak mengikut hukum yag kita dah buat ijtihad berdasarkan sumber Quran, hadith atau kias (atau untuk orang macam aku kena mintak ulama' tolong buat ijtihad, pasai aku tak mampu nak rujuk sendiri.)
Aku rasa kaedah ni lebih sesuai untuk konteks ayat yang Ust Harun sendiri sebut.
ada (keadaan) yang ragu ada yang subahat, orang yang membersihkan dari subahat dia membersihkan imannya, agamanya dan maruahnya, orang yang subahat ini umpama langkah sempadanpasai pada aku membersihkan diri dari syubahat tu lebih baik kalau kita boleh ubah status subahat tu ke status hukum salah satu yang 5 tu.
Dengan kepakaran yang ada pada Dewan Ulama' sendiri ditambah pula denga ramai ahli akademik yang cenderung dengan PAS aku yakin PAS memiliki ilmuan yang mampu melaksanakannya.
Takkan Dewan Ulama' pun takut nak buat ijtihad?
Artikel rujukan
- "SAYA KATA SECARA UMUM, DIA YANG TAFSIR, SEPATUTNYA NIZAR TAK PERGI,"KATA USTAZ HARUN
- Nizar nafi hadiri upacara nyala lilin
- Umat Islam ditegah bakar lilin ingati individu - JAIS
- Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas