Jom bertempur 1 Ogos? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 28, 2009

Jom bertempur 1 Ogos?

Aku nak guna kaedah yang selalu tabligh pakai bila ajak orang 'keluar'. Jadinya aku pun nak 'azam nak keluar' ke Kuala Lumpur 1 Ogos ni dan aku nak jak semua yang tak setuju dengan ISA ni sama-sama berazam nak keluar ke KL 1 Ogos ni.

Takat azam ja lepas tu tak buat apa-apa pun tak jadi jugak. Dah tak berapa hari dah. Kena mula buat tindakan. Jangan sampai tak jadi pasai guna kaedah 'last minit'.

Kalau yang berniat nak pi dengan kereta, kena pastikan kereta tu boleh sampai ke KL. Yang ingat nak pi naik bas express, tiket dah kena beli, takut habih. Yang nak naik keretapi pun kena tempah tiket awai.

Lagi satu, stamina pun nak kena ada, kena la exercises sama. Pasainya, kali ni bukan takat ada peluang nak berdepan dengan dengan geng 'Kepala Merah' FRU tapi mungkin nak kena jugak berdepan dengan geng 'Kepala Hitam', sapa lagi kalau bukan Umno.

Walaupun Khairy tak bagi pemuda Umno turun tapi geng 'kelab penyokong Umno' macam Pewaris, Perkasa dan beberapa NGO 'melayu' yang sewaktu dengannya kata akan teruskan jugak nak turun Sabtu ni.

Ada jugak yang kata PAKEDA pun nak turun sokong ISA. Bab ni aku tak berapa nak pasti pasai baru semalam kemarin aku ada sembang dengan sorang 'Ayahnda Kanan'. Dia ni memang hardcore PAS. Aku tau memang ramai lagi puak² PAKEDA dalam PAS, kalau betui PAKEDA turun belah sokong ISA memang direct aku nak kata kat 'Ayahnda Kanan' tu. "Takat sembang kedai kopi ja baik tak payah..."

BTW, Sabtu ni, jangan silap 'port' pulak. Tengok betui² port masing-masing kat bawah, tengok tang mana yang paling sesuai. Seboleh mungkin, jangan la 'bertempur', kesian kat yang tak bersedia nak bertempur. Banyak rugi dari untung bertempur ni. Tapi kalau 'terpaksa' apa boleh buat, takkan nak biar kita dihina... sendiri fikir laa...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...