Hoi Bangang!! Nak buat fitnah pi tempat lain!!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 23, 2009

Hoi Bangang!! Nak buat fitnah pi tempat lain!!!!

Memang bangang la sapa yang buat kerja ni. Kalau betui apa yang hang tulis tu mai sini berdepan, apa main tulis dalam cbox blog aku. Tulis ikut sedap jari ja, tuduh orang bukan-bukan.

Yang aku paling tak puas hati, babitkan aku sama pasai apa? Sampai aku pun nak terjadi bangang sama pasai tak terbaca apa yang dia tulis tu dari mula. Pulak tu buat fitnah bukan kecik-kecik anak, fitnah orang makan duit derma nak buat masjid. Gila ka apa? Ka dah rasa kuat sangat sampai boleh tahan api neraka.

Aku memang saja bukak cbox tu kut-kut ada yang tak puas hati nak belasah, tak kira la nak belasah sapa pun. Tapi patut padan la, kalau benda betui aku pun tumpang seronok pasai ada yang tolong tegur, jadi aku tumpang sama lepas.

Tapi malaun ni dah lebih, sampai ftnah makan duit sponser orang ramai untuk PAS aku memang tak boleh terima. Tambah lagi fitnah kata sapu duit derma buat masjid bagi anak bini makan. Siap tulis nama lagi.

Kalau betui hang kata
banyak dah terbukti.mereka ini nampak aje alim..duit kutipan kebajikan..semua masuk poket sendiri..
duit kutipan masjid, duit rombongan, duit jamuan semua lebuh.....bagi anak bini makan...betui ke ...
Berat tuduhan tu. Mai berdepan 'face to face', kalau betui ada bukti apa nak takut, aku pun sanggup heret depa pi balai polis.

Yang lagi bangangnya malaun ni, siap berlakon konon 2 orang chatting kat cbox aku. Dah sah-sah aku boleh tengok IP, ingat aku sanggup jadi bangang macam hangpa jugak ka!! Cumanya aku tak check ja lagi si bangang ni guna IP sapa. Harap-harap dia tak terlalu bangang guna IP sendiri. Malas nak check la ni pasai line lembab gila, laptop ni pun slow macam siput babi.

Yang lagi bangangnya bukan setakat tulis kat cbox blog aku ni ja, boleh pulak tulis dan sebarkan SMS. Taktau la pulak kalau dia ni cukup power sampai tak boleh trace no 010 tu. Kalau takat IP mungkin la payah sikit tapi no hp boleh sorok ka? Boleh la takat nak sorok, tapi kalau kena line dia senang ja nak trace.

Last sekali, aku nak bagi amaran,
JANGAN BUAT FITNAH KAT BLOG AKU.

Dan aku cabar,

KALAU ANAK JANTAN MAI BAWAK KELUAR BUKTI!!!

Nasihat aku, kalau tak betui dan memang aku yakin tu tak betui dan fitnah semata-mata, mai berdepan, mintak maaf, aku yakin masih boleh setel.

p/s. Sorry, no comment for this entry


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...