Muktamar ke-55 : Pasai 3 'ta' apa pun tak mustahil | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 09, 2009

Muktamar ke-55 : Pasai 3 'ta' apa pun tak mustahil

Antara usul yang diterima tanpa bahas masa muktamat ke-55 yang baru berakhir Ahad tadi adalah berkenaan Sistes In Islam (SIS). Usul tu mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Malaysiakini melaporkan yang Mustaffa Kamil Ayob tidak bersetuju usul tu diluluskan dalam muktamar PAS tu. Aku memang tak heran kalau ada yang tak puas hati kalau ada usul-usul yang semacam tu diluluskan dalam Muktamar PAS.
Sehubungan itu, Mustaffa mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.

Katanya, perbezaan pendapat bukan sahaja dibolehkan tetapi dilindungi kerana ia merupakan asas penting dalam sebuah masyarakat yang adil dan demokratik.

Yang aku herannya pasai apa orang macam Mustafa Kamil Ayob yang tiba-tiba yang mula langkah bicara. Aku tak heran kalau orang macam Malik Imtiaz atau Dr. Fariz Noor yang bangkang atau pun orang kuat SIS sendiri yang menggunakan hujjah kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan.

Takkan kut atas sebab-sebab kepentingan politik kepentingan Islam dia pinggirkan. Pasainya dalam reaksi awai programme manager SIS, Norhayati Kaprawi dalam Malaysian Insider, dia persoal apa pendirian parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat mengenai isu tu.

Malaysian Insider melaporkan dia berkata :
"We would like to know what is DAP's and PKR's view on this matter, because they are in Pakatan and whatever PAS does will reflect on Pakatan"

"This is very intimidating because we are a very small organisation"

"PAS talks the language of human rights and freedom of expression but when they disagree with us they want to shut us up, this is hypocrisy"

"what is right and wrong cannot be based on PAS's standard."

Aku cukup setuju dengan enam Mulahazah yang Ust Zulkarnain Al-Hafiz bentangkan dalam blog dia Bila Sauh Dibongkar

Satu – Mustafa Kamil perlu sentisitif dengan sokongan orang Islam terhadap PKR. Jangan sampai kehilangan sokongan orang Islam hanya kerana Mustafa ingin menjaga sensitiviti golongan sealiran SIS.

Dua – Berapa kerat sangat orang Islam yang sealiran dengan SIS berbanding orang Islam yang mencurigai SIS. Adakah Mustafa Kamil sanggup menjaga hati orang sedikit dan kehilangan hati orang banyak?

Tiga – Tentunya perkiraan politik Mustafa Kamil ialah menjaga sensitiviti orang bukan Islam. Pernahkah Mustafa terfikir, sehingga kini puluhan ribu orang bukan Islam bersama Kelab Penyokong Pas dalam keadaan mereka tahu sikap dan pendirian Pas terhadap isu-isu sensitif itu?

Empat – Sedarkah Mustafa Kamil bahawa sikap dan pendirian itu menambah runcing pandangan seorang dan kecurigaan sebahagian besar ahli dan penyokong Pas terhadap PKR? Kecuali Musatafa Kamil sanggup kehilangan sokongan golongan itu, Mustafa Kamil wajar mengambil kira faktor ini.

Lima – Pembelaan Mustafa Kamil terhadap SIS menyinggung perasaan majoriti orang Islam negara ini termasuk orang-orang Umno dan PKR.

Enam – Mustafa perlu mengambil kira satu perkara besar iaitu, jangan sampai orang kata ‘PKR sama saja macam Umno’.

Akai jahat aku buat andaian pasai apa kalut sangat Mustafa Kamil Ayob buat statement macam tu, mungkin dia mengidam nak duduk kat kerusi MB Perak lepas PRU13 depan kut. Pasai tu la bila dia baca ayat kat bawah ni kalut ja dia buat statement macam tu.
Norhayati urged PAS to widen their perspective as the party was also supported by non-members in the last general election.

Untuk rekod, Mustafa Kamil adalah bekas orang kuat ABIM dan lulusan UIA, terasa benar janggal dan peliknya. Pasai tu la akai jahat aku terfikir macam tu. Pasai 3 'ta' apa pun tak mustahil; wanita, harta dan takhta.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...