Lawan Umno : Mengawal kerosakkan untuk Manik Urai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 10, 2009

Lawan Umno : Mengawal kerosakkan untuk Manik Urai

Senang-senang ja Hj Mustafa Ali merayu kepada semua pimpinan PAS dan PR supaya berhenti dari bercakat berkenaan Kerajaan Perpaduan. Ada yang bagitau PC tu siap masuk berita NTV7 lagi. Sebenarnya tak perlu suruh la ni berhenti kalau isu ni dimatikan sebelum hangat kempen pemilihan baru ni.

Bagi aku yang bukan pimpinan ni takdak masalah langsung aku nak berenti dari hingaq pasai Unity Goverment ni. Walaupun aku sampai hari ni masih tak faham, takdak masalah aku nak berenti. Masalahnya kalau berhenti pun 'kerosakkan dah pun berlaku'.

Aku akan berhenti lepas ni tapi sebelum aku berenti aku nak ulas sikit apa yang mStar tulis melaporkan arahan dari Cikgu PA tu.

mStar melaporkan
PAS meminta pemimpin kesemua peringkat parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan isu kontroversi idea kerajaan perpaduan.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

Suruh berenti dah la, yang gatai pi sebut 'tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13' tu apa maksudnya. Memang dia nak suruh berenti sat ja kut, pasai lepas ni depa yang nak sambung balik.

mStar juga melaporkan
Jelas beliau, isu tersebut telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu terutamanya di kalangan pemimpin Pakatan dan akan menimbulkan persepsi negatif kepada penyokong-penyokong parti itu.

Mana boleh marah orang kalau orang salah tafsir kalau yang nak cerita bagi faham pun tak reti. Masalahnya aku rasa lebih ramai yang tak fahan dari yang fahan termasuk diperingkat pimpinan pusat pun, sekurang-kurangnya itu yang aku nampak.

mStar melaporkan lagi
“Selepas itu ada pertemuan empat mata antara Hadi, Datuk Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Anwar dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konsep kerajaan perpaduan.

"Bagaimanapun idea itu ditolak oleh Tuan Guru (Nik Aziz)... Mungkin di sini ada timbul kekeliruan di pihak DAP,” katanya.

Apa nak heran kalau DAP keliru, bila T|TG Nik Aziz terang-terang tolak Kerajaan Campuran ni. Sampai malam muktamar pun TG Nik Aziz masih cakap idea ni "mengarut"

mStar melaporkan lagi
“Saya rasa semua perkara ini berbagkit daripada salah faham tapi kalau diterangkan secara jelas mungkin ia (isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit,” katanya.

Sebenarnya bukan salah faham atau tak faham, tapi lebih tepat lagi kalau disebut "tak terima". Dari dulu pimpinan sungguh-sungguh ajak lawan Umno tapi masa Umno semakin teruk, sampai tahap merampas kuasa di Perak tiba-tiba pimpinan nak ajak 'berpadu' dengan Umno, macamana orang boleh nak terima.

mStar melaporkan lagi
“Oleh kerana mereka (BN) akan bertanding maka tugas saya hari ini untuk benamkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya DUN Manek Urai,” katanya.

Takkan dengan bawak idea Kerajaan Perpaduan kita boleh harap Umno tak akan bertanding di Manik Urai, lama dah kita dok lawan Umno takkan tak boleh paham lagi Umno macamana.

Last sekali aku nak bagitau apa yang sebenarnya aku tak paham pasai Kerajaan Perpaduan ni. Yang aku tak pahamnya pasai apa kita nak juai idea ni masa ni. Takkan kut kita nak harap Umno terima idea ni, pada aku kalau Umno terima maksudnya menang ada 'something wrong somewhere'.

Yang kedua, dalam keadaan semakin ramai yang bersama kita nak tawan Putrajaya pasai apa pulak kita macam takut. Pasai apa kita macam nak bergantung kat Umno pulak padahal orang ramai sokong kita pasai depa tak lagi percaya kat Umno BN.

Lagi satu yang aku paling tak paham, sepatutnya dalam keadaan macam la ni, kita lipatgandakan lagi kerja untuk menguatkan Parti, bukan bagi serabut kepala ahli dengan idea yang 'mengarut' ni, atau sekurang-kurangnya 'istilah' yang mengarut ni.

Aku cukup yakin dengan ramainya jentera yang kita dah ada, ditambah lagi dengan Kelag Penyokong yang pesat berkembang, kalau kena caranya PAS mampu jadi parti yang paling kuat sampai tahap PAS tak perlu bergantung kat parti-parti lain.

Dengan kekuatan tu insyaallah masa tu, keindahan Fasal 5, bukan setakat tercatat dalam perlembagaan PAS tapi boleh dilihat dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia.

Hamba mohon SEMBAH DERHAKA

Ok, tutup kes.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...