Bila Perak dilanda krisis, aku dalam satu ketika pernah bersyukur. Bukan bersyukur pasai kerajaan Pakatan Rakyat tersungkur tapi bersyukur pasai aku nampak hikmah disebalik kejadian tu.
Hikmah yang cukup banyak bagi kelebihan kepada PAS. Untuk PAS Perak memang tak terbilang pengalaman baru yang PAS Perak dapat semenjak PAS menang hanya 6 kerusi DUN saja tapi disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP, pas boleh mengaku memerintah Perak.
Lepas tu ditambah lagi dengan dapat kerusi MB yang tak pernah termimpi pimpinan PAS Perak boleh dapat. Satu yang cukup besar yang pada aku PAS memang sebenarnya belum layak langsung untuk dapat.
Bukan setakat di pihak pimpinan negeri, ahli biasa pun dapat pengalaman yang banyak. Sebelum ni ahli dan penyokong PAS di Perak cukup banyak pengalaman sebagai pembangkang trermasuklah pengalaman berdarah di Lubuk Merbau tapi PRU 12 bagi pengalaman baru kepada ahli dan penyokong PAS, pengalaman memerintah.
Walaupun hanya setakat setahun tapi pengalaman tu sangat berguna buka pemikiran ahli dan penyokong PAS berupaya tengok sesuatu isu dari sudut pemerintah. RAma yang berpengalaman jadi Ahli Majlis, ramai yang berpengalaman jadi Ketua Kamung, ramai yang berpengalaman jadi JKKK dan paling kurang pun jadi kawan kepada ahli majlis, kawan kepada Ketua Kampung dan kawan kepada JKKK, pengalaman yang berharga untuk lebih berkesan untuk lawan Umno BN.
Bila terjadi krisis di Perak, PAS disanjung dan dihormati pasai jelas nampak PAS cukup kuat pegang pada prinsip, tak boleh dibeli dan tak pernah khianat. Malah sampai ada yang kata hanya PAS saja yang boleh rakyat percaya dan harap.
Tiba-tiba masa masih kalut dengan krisis Perak, ramai yang terkejut dengan cerita Kerajaan Perpaduan. Tanpa ribut tanpa petir tanpa guruh tiba-tiba ahli dan penyokong pas dipaksa untuk 'penin' nak fikir pasai Kerajaan Perpaduan.
Sepatutnya tempoh hampir 4 bulan cukup untuk pimpinan PAS yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan tu untuk betui-betui 'test market' produk baru tu. Patutnya tempoh 4 bulan cukup kalau dibuat kajian pasaran untuk idea baru tu, patutnya dah boleh dapat analisa samada idea tu boleh dijual ataupun tidak.
Malangnya macam takdak langsung kajian dibuat ke atas idea baru tu. Idea baru Kerajaan Perpaduan tu masih 'dijual' dengan kaedah yang sama sampailah ke muktamar PAS ke-55 baru-baru ni.
Masa hangat bahang Muktamar ke-55 produk baru idea Kerajaan Perpaduan tu batui-betui dinilai oleh orang ramai. Bukan setakat ahli dan penyokong PAS saja yang menilai idea baru tu, hampir semua ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat 'dipaksa' menilai idea baru tu.
Lebih malang lagi idea baru tu masih 'dijuai' dalam keadaan mentah dan lebih malang bila jurujual idea tu pun nampak macam tak cukup bersedia. Lagi memburukkan keadaan bila ada yang cuba jugak nak jadi jurujuai dalam keadaan dia sendiri tak faham idea tu.
Apa yang aku nampak hasil dari menjuai idea Kerajaan Perpaduan yang masih dalam keadaan 'mentah' dengan jurujuai yang tidak betui-betui bersedia malah ada yang langsung tak faham dengan idea tu ditambah pulak dengan keadaan, masa dan tempat yang langsung tidak sesuai, idea tu dah jadi beban kepada PAS.
Setakat ni aku masih tak nampak dimana relevennya PAS nak juai idea baru Kerajaan Perpaduan, tapi nak nakpak jelas akibat dari idea Kerajaan Perpaduan, insitusi ulama' dihentam habis-habisan, dimaki dengan istilah yang pada aku terlalu amat tak sesuai untuk ulama'. Babi, sial, bangang, dan bermacam-macam lagi makian yang pernah diguna untuk makian dah pun diguna utuk memaki ulama'.
Yang paling aku sedih sekali aku sendiri rasa tak mampu nak halang makian tu dan aku rasa bukan takat aku sorang, aku yakin ramai lagi yang rasa macam yang aku rasa. Apa yang aku mampu buat setakat ni, hanya mampu tahan diri aku dari turut sama maki ulama'.
Aku mintak tolong sangat-sangat kepada pihak-pihak yang berkenaan, tolong fikir balik, tolong bincang balik, tolong buat ijtihat balik, tolong buat istikharah balik dan tolong la buat sesuatu. Tolong jangan kita terus bagi peluang untuk orang mencaci, mencela dan memaki ulama'.
Kalau kita benar-benar yakin ulama' tu pewaris nabi, tolong la jangan kita bersubahat seolah-olah menggalakkan orang mencaci, mencela dan memaki ulama' untuk idea belum pasti boleh menguntungkan Islam.
Di satu ketika PAS begitu disanjug, dihormati dan digeruni kawan dan lawan tiba-tiba PAS dicaci, dicela dan dimaki dan institusi ulama' yang patutnya dimuliakan turut terpalit sama.