Lawan Umno : Kerajaan Perpaduan sebagai Kifarah untuk PAS? (2) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 20, 2009

Lawan Umno : Kerajaan Perpaduan sebagai Kifarah untuk PAS? (2)

Macam yang dia janji, TG Ahamd Awang sambung lagi 'certa' dia pasai isu Kerajaan Perpaduan ni. Aku dah ulas tulisan dia sebelum ni kat sini.

Kali ni TG Ahmad Awang cerita panjang. Dia cerita berkenaan contoh kerajaan perpaduan yang pernah ujud dan pasai apa kerajaan perpaduan tu ujud, macamana keadaan sebelum kerajaan perpaduan tu ujud.

Dia jugak cerita asal usul dan sejarah isu Kerajaan Perpaduan ikut versi dia. Aku tersenyum sendiri bila baca perenggan bawah ni.
Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu. Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu

Panjang dia tulis, lagi elok kalau baca sndiri kat sini.

Aku cuma nak petik satu perenggan yang aku rasa patut jadi 'highlight' dalam 'cerita' tu
Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini. Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang jawatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Aku tak tau apa yang oranglain baca bla sampai perenggan ni tapi perenggan ni menguatkan lagi paham aku. Bila teringat bab ni aku macam rasa kerja nak bagi reda mungkin tak semudah yang aku fikir masa aku tulis artikel sebelum ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...