Lawan Umno : Nik Aziz terima bersyarat kerajaan perpaduan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 22, 2009

Lawan Umno : Nik Aziz terima bersyarat kerajaan perpaduan

Nampaknya Nik Aziz dah bagi 'clue' sebelum pertemuan khas malam esok antara beliau, TG Hj Hadi, Nasharudin dan beberapa pemimpin lain. Ada dua kenyataan 'clue' awal yang dilaporkan media. Mungkin kenyataan trerakhir sebelum mesyuarat khas malam ni.

Yang pertama kenyataan muktamat menolak apa-apa bentuk hubungan dengan Umno macam yang dilapor utusan
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berkeras dengan pendiriannya menentang cadangan kerajaan perpaduan meskipun banyak pihak berharap beliau mengubah pendiriannya itu demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Malah Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau berkeras menentang idea pembentukan kerajaan perpaduan kerana berasakan sudah masak dengan tindak-tanduk UMNO selama ini.

“Ya, tetap menentang cadangan kerajaan perpaduan. Kami dah kenal UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah, Kepala Batas di sini hari ini.

Yang kedua kenyataan 'lembut' macam yang dilaporkan Utusan Online
Menurutnya, perbincangan dengan Umno juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan isu Melayu.

Tapi kalau nak jugak sembang pasai kerajaan perpaduan kena la ikut saluran
Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya.

“Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

“Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negeri-negeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita,” katanya.

Aku sangat setuju dengan pendirian TG Nik Aziz. Pada aku PAS hanya memerlukan Umno sebagai lawan, sekurang-kurang buat masa ni.

Kalau dah ikut saluran dan keputusan Parti memang betui sungguh² nak Kerajaan Perpaduan, sapa pun tak boleh marah, maksud aku kalau sapa nak marah pun depa punya pasai. Itu keputusan PAS, dan harus diingat demokrasi membenarkan. Lagipun dah tentulah pro dan kontra dah dibincangkan, baik dan buruk dah diteliti dan akhirnya ijtihad dah dibuat. Time tu, aku belum pasti aku akan duduk belah mana, tapi mungkin besar kemungkinan aku belah Pak Bakar Penarik Beca, sebagai pejuang Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Artikel berkenaan
Nik Aziz enggan ubah pendirian

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 20 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berkeras dengan pendiriannya menentang cadangan kerajaan perpaduan meskipun banyak pihak berharap beliau mengubah pendiriannya itu demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Malah Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau berkeras menentang idea pembentukan kerajaan perpaduan kerana berasakan sudah masak dengan tindak-tanduk UMNO selama ini.

“Ya, tetap menentang cadangan kerajaan perpaduan. Kami dah kenal UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Mu‘adzam Shah, Kepala Batas di sini hari ini.

Beliau dikatakan ke negeri ini untuk mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Pas negeri.

Ketibaannya di lapangan terbang berkenaan disambut oleh sekumpulan penyokong Pas yang turut membawa kain rentang bertulis ‘Kami bersama-sama menyokong Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat’.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berharap lembaran baru hubungan UMNO dan Pas dapat dimulakan segera demi kepentingan umat Islam dan keharmonian negara.

Menurutnya, perbincangan awal berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan membuka tirai ke arah persefahaman bagi merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama walaupun hasilnya belum dapat dijangkakan.

Beliau menegaskan, soal pengalaman lalu yang mencetuskan persengketaan, menimbulkan dendam dan keraguan sebilangan pemimpin Pas perlu dilupakan ketika keadaan perpecahan umat Islam kini membimbangkan.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan Kelab Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, kalangan ahli kelab tersebut tidak menerima cadangan kerajaan perpaduan dan tetap dengan pendirian untuk bersama serta menyokong pakatan pembangkang.

“Kita sokong pendirian Nik Aziz yang mahu Pas terus beri komitmen kepada pakatan pembangkang,” katanya.


Nik Aziz terima bersyarat kerajaan perpaduan

KOTA BHARU 21 Jun — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat kenyataan lebih ’lembut’ dan memberi persetujuan bersyarat terhadap rundingan mengenai kerajaan perpaduan Pas dan UMNO hasil cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana ’berkeras’ menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang ’istiqamah’, tegas memperjuangkan perkara yang benar.

Jelas Nik Aziz, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan Pas di Ipoh setahun lepas iaitu Pas mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. Degil bermakna kita pertahan benda salah bermati-matian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah.

“Jadi kalau ada pihak dalam Pas yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat, dan nak juga perpaduan dengan Umno, itu sudah kacau. Jangan buat begitu,” katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya.

“Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

“Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negeri-negeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita,” katanya.

Menurutnya, perbincangan dengan Umno juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan isu Melayu.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri yang mahu PAS dan Umno membuka lembaran hubungan baru, ketika melawat Kuala Krai Jumaat lalu, Nik Aziz berkata beliau mahu Umno memohon maaf kepada PAS terlebih dahulu.

Nik Aziz juga berkata beliau masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, dan Nasharudin juga belum menghubungi beliau untuk menjernihkan suasana tidak enak yang timbul di antara mereka berdua.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Bachok kerana kesungguhannya untuk menjayakan cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Aziz berkata satu pertemuan akan diadakan melibatkan beliau, Abdul Hadi, Nasharudin dan beberapa pemimpin lain malam esok untuk meredakan ketegangan dalam parti itu.

— BERNAMA




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...