Dgn semangat Manik Urai harap semua boleh selesai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 19, 2009

Dgn semangat Manik Urai harap semua boleh selesai

Nampaknya dah nampak macam ada sikit cahaya isu kontroversi Kerajaan Perpaduan boleh selesai dalam masa terdekat. Kalau tak selesai habis pun kurang-kurang boleh mengurangkan polimik.

Selepas TG Nik Aziz buat kenyataan paling keras bila dia cadangkan Ust Nasa letak jawatan kalau teringin sangat dengan Umno, ada beberapa reaksi positif.

Dua Naib Presiden mula bukak mulut minta Ust Nasa pi jumpak Tok Guru.
"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.
Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.

Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.

10 Ahli Parlimen PAS buat Sidang Akhbar menyatakan pendirian.
Ahli Parlimen PAS berpendirian berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN.
"Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Ust Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS yang baru pun dah keluarkan cadangan supaya diadakan retreat khas berkenaan Kerajaan Perpaduan ni.
PAS akan menganjurkan retreat khas 18 dan 19 Julai depan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya khasnya berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, anggota retreat ini adalah AJK PAS Pusat dan AJK Majlis Syura Ulama.

Dua calon Timbalan Presiden yang kalah masa pemilihan baru ni pun besar kemungkinan akan akur dengan nasihat TG Nik Aziz supaya terima lantikan sebagai AJK PAS Pusat.
Tokoh ulama PAS itu mencadangkan sedemikian bagi "mengimbangi" suara-suara pemimpin yang condong kepada idea kerajaan perpaduan dalam parti itu.

Difahamkan, Mohamad pernah bertemu menteri besar itu tiga hari lalu bagi membincangkan kedudukannya itu. Tarikh dan lokasi pertemuan bagaimanapun tidak didedahkan.

Sementara Husam - yang difahamkan turut menerima nasihat seumpamanya daripada Nik Aziz - masih lagi menimbangkan tawaran tersebut.


Walau macammanapun masih jugak ada sikit 'cabaran' bila Ketua Dewan Ulama' merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu masih jugak mendendangkan lagu yang sama.
Katanya, PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno sahaja sebagaimana yang pernah dilalui oleh parti itu suatu ketika dahulu.

Menurutnya, kekeliruan yang timbul mungkin kefahaman terhadap konsep �Kerajaan Perpaduan� yang disama-ertikan dengan gabungan PAS-Umno.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan hanya Presiden PAS (Ustaz Hadi) yang layak untuk menjelaskan kekeliruan serta kekusutan berkait dengan isu tersebut.

Macam tu jugak Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru masih jugak mendendangkan lagu yang sama.
Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

Tapi yang positifnya Kenyataan dari Ketua dua sayap penting PAS tu secara keseluruhannya tetap kearah nak menyelesaikan komflik Kerajaan Perpaduan ni.

Yang paling melegakan bila TG Nik Aziz sendiri ambik tindakan proaktif nak panggil mesyuarat khas dengan pimpinan utama PAS untuk bersemuka dan bincang pasai isu kontroversi ni.
Katanya, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang akan melibatkan hanya pemimpin utama PAS.

"Pertemuan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah bagi menyelesaikan isu kerajaan perpaduan.

Harapan aku dan aku yakin harapan semua ahli dan penyokong PAS, isu ni dapat diselesaikan dan saf kepimpinan PAS akan kembali bersatu dan PAS akan kembali fokus.

Yang penting sekali akhirnya seluruh rakyat berjaya 'difahamkan' dan akan kembali bagi kepercayaa kepada PAS untuk menjadi pembela dan tempat meletakkan harapan macam sebelum ni.

Moga-moga dengan semangat PRK Manik Urai, semua konflik boleh selesai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...