Lawan Umno : Cari benda tersembunyi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 20, 2009

Lawan Umno : Cari benda tersembunyi

Saja-ja hari ni 'otak jahat' aku ligat berpusing. Jadinya aku copy paste berita dari harakahdaily dengan nota kaki aku.
PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali 1
Harakahdaily
Sat | Jun 20, 09 | 12:40:53 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini2 tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS)3 tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek4 yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini5.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat. - mns_


Nota kaki
  1. Aku taktau sapa yang arahkan Cikgu Pa buat statement ni. Pada aku, dengan keadaan semasa, cukup tak sesuai kalau Cikgu Pa sendiri yang bercakap bagi pihak PAS. Lain la kalau dia tolong sampaikan keputusan eksekutif dari Presiden PAS yang mungkin masih ada di luar negara.


  2. Perkataan 'buat waktu ini tu sangat tak sesuai, tak bagi tau merujuk kepada waktu yang macamana, waktu Paklah dan tak jadi PM atau waktu Najib jadi PM ataupun mungkin jugak waktu 'ramai yang marah pasai Kerajaan Perpaduan' ni.


  3. Sama macam nombor (1) Sapa bagi kuasa kat Setiausaha Agung ni. Untuk makluman Setiausaha Agong PAS tak sama kuasa macam Setiausaha Agung DAP. Lain la kalau kenyataan berkenaan perjalanan atau pengurusan parti, yang tu memang di bawah bidang kuasa dia.


  4. Pasai apa buat kenyataan pendek. Mungkin kot dia faham frasa 'lagi banyak cakap lagi banyak yang tak betui', walaupun sepatutnya pada aku perlu sangat kenyataan panjang untuk bagi alasan lebih konkrit dan menasabah.


  5. Cukup mudah, cuma main email ja. Tapi pada aku ada sedikit bangang pasai takkan dia tak sedar ramai yang belasah dia kata dia 'kontrol' harakah.

Benda kalau hati dah mula prejudis mudah sangat nampak benda-benda macam ni. Biasa la kalau hati dah tak suka akan selalu tengok dari sudut negatif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...