Lawan Umno : Kerajaan Perpaduan sebagai Kifarah untuk PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 19, 2009

Lawan Umno : Kerajaan Perpaduan sebagai Kifarah untuk PAS?

Petang tadi ada sorang kawan sms aku, dia bagitau yang TG Ahmad Awang dah update blog dia. "Elok hang lawat sekali bagi kurang penin sikit."

Aku takdan nak online hari ni, nak balas sms dia pun takdan, sibuk sikit. Dah malam ni boleh online. Jadinya apa yang TG Ahmad Awang tulis?

Dia mulakan tulisan dia dengan potongan ayat Al-Quran.
Maksud firman Allah SWT:
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Al-An'aam:44)

Pada aku takdak apa maklumat baru yang dia tulis pasai isu panas Kerajaan Perpaduan ni. Dia tulis pasai bahan politik Umno BN, pasai bloggers dan pengkomen yang cukup bersemangat, pasai advantage untuk Umno, pasai PR yang namak goyah dan pasai curiga dan ragu kat PAS.

Dia jugak tulis pasai kebimbangan ahli akar umbi dan pemimpin peringkat pertengahan yang diwakili suara sebahagian besar perwakilan yang tengok idea Kerajaan Perpaduan ni sebagai perancangan ke arah bergabung dengan UMNO.

Takdak apa maklumat bagu yang boleh hilangkan penin aku. Cumanya paragraf akhir tu yang sikit bagi aku teruja.
Persoalannya, apakah sebenarnya konsep KP/UG itu? Sejak bilakah ianya dibangkitkan oleh pimpinan terutama TGHHA sendiri? Setakat manakah pernah ianya diperbincangkan di kalangan pimpinan tertinggi parti? Pernahkah ianya dibincangkan dengan rakan PR? Macam mana boleh timbul idea KP/UG ini? Kenapa Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz (TGNA) sangat tegas menolak KP/UG ini? Semua ini akan saya jawab dalam posting akan datang.

Bila di baca bersama dengan petikan ayat yang jadi mukadimah tulisan dia tu, aku terus terfikit pasai kifarah.
Aku teringat apa yang aku baca kat Harakahdaily
"Sungguhpun begitu, apa jua polemik atau isu...tentunya ada hikmah di sebaliknya. Malah mungkin merupakan kafarah atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini.

"Selain itu apa yang terjadi merupakan proses Tasfiyah (saring, tapis) untuk melihat siapa yang yang tulen ataupun sebaliknya dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini," katanya.

Kalau betui sebagai Kifarah, agak² apa salah PAS dikifarah sampai macam ni. Kena sabar la, mungkin ada jawapan bila TG Ahmad Awang sambung lagi. Harapnya tak la lama kena tunggu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...