Isu YB Nizar - Tarikh keramat 13 Mei | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 14, 2009

Isu YB Nizar - Tarikh keramat 13 Mei

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Aku sedikit risau bila masa minum lepas mesyuarat dengan kawan-kawan bukan ahli mesyuarat ada sahabat bersuara mengenai tarikh malam semalam.Sebelum ni aku tak pernah risau. Biar sejarah tetap jadi sejarah. Takkan sejarah hitam mampu berulang sebab rakyat sudah matang.

Tapi malam semalam aku tersentak, sebab pembicara walaupun berhujjah dengan suara tetapi selalu ingan berhujjah sengan tenaga. Sedikit lega bila tarikh yang dibicara bukan sejarah seperti yang aku rasa.


Aku Sokong Polis

Aku sokong polis
Menangkap mereka yang berhimpun
Di kedai kopi, bawah pokok
Atau tepi longkang
Meski pun mereka diam
Mulut mengirup kopi o
Bibir masih berminyak
Dengan roti canai mamak
Atau perempuan yang berbisik sendiri
Memaki kerana tak berani
Atau si tua berdiri memerhati
Digari, masuk ke lori

Aku sokong ADUN
Bergaduh depan kakitangan kerajaan,
Kerabat Sultan dan para wartawan
Cabut otak dan budi
Letak ke tepi
Usah diukur pada petah berkata
Atau indahnya hujah pujangga
Kembali beradu secara lelaki

Aku sokong Hakim
Buat keputusan mengikut perut
Biar peguambela pendakwa menangis
Hari-hari ke mahkamah
bersarapan roti dan mentega yang sama.

Aku sokong pemberita
Mendakwa si pulan punya angkara,
Agar rakyat mudah percaya
Biar telinga mereka menanah
Mata merah menerimanya

Aku sokong ulama atau mufti membisu
Menginsafi tawadu’nya secebis
Membilang tasbih yang belum habis
Terus menggeleng kepala semacam berzikir
Mengintai lubung ke syurga

Kerana selepas itu,
Angin turun berderu derau
Ombak mengalun badai
Panas hati bara membakar
Keringat terpercik ke hujung kaki
Gengam tidak lagi bertangan kosong
Parang tidak lagi bersarung
Suara tidak lagi berguna

Benamkan keangkuhan
Biarlah ketidaktentuan menentukan

Muhaimin Sulam
Swansea. UK


Moga sejarah lama yang merah masih tetap jadi sejarah lama
13 Mei : 01:05am


Aku simpan entry ni, harap-harap aku boleh terbitkan tanpa pindaan. Update: Alhamdulillah aku boleh terbitkan tanpa pindaan cuma nak tambah video Amanat Khas dari TG Nik Aziz


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...