Isu MB Hj Nizar - Bersediakan PAS kalau betui DUN bubar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 14, 2009

Isu MB Hj Nizar - Bersediakan PAS kalau betui DUN bubar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Semua orang dah mula riuh pasai bubar DUN. Di pehak PR memang dah lama sebut benda ni, semenjak mula-mula krisis perak dulu bila 3 ADUN PR keluar jadi bebas, Hj Nizar dah pi mengadap sultan mintak bubar DUN tapi tak dilayan.

La ni di pihak belah sana pun dah mula sebut pasai bubar DUN. Memang la semua maklum Umno takut sangat nak hadapi pilihanraya dalam masa terdekat ni. PRK Penanti pun depa serabut, tambah lagi la kalau kena pilihanraya seluruh Perak.

Dr. Mahathir lagi ke depan dalan isu ni bila terang-terang kata bubar DUN bukan pilihan untuk Umno pasai dah gerenti Umno akan kalah. Kata Dr. Mahathir
"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya... Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya?

Najib pun dah macam tak senang duduk dan lebih macam nak pelepas diri. Aku tak tengok berita TV tapi Manjung Mari kata
Berita sebentar tadi di NTV7, Bini Rosmah PM 1Malaysia mengatakan masaalah pembubar DUN Perak terletak pada kuasa Sultan Perak....

"Jadinya, jadi ka dak bubar dewan ni?"

Tu memang soalan pilihan utama yang kawan-kawan tanya kat aku. Soalan yang aku tak boleh bagi jawapan 'ya' atau 'dak' dan aku rasa semua orang pun macam aku. Soalan tu kena jawab panjang lebar, bergantung kepada emosi kita waktu tu.

Sebelum ni aku macam malas nak jawab soalan macam tu tapi sejak 2 hari lepas soalan tu jadi soalan yang aku tunggu-tunggu. Pasainya aku dah dapat jawapan standard. Jawapan yang tak payah berjela-jela. Cukup pendek. Tapi kalau depa 'layan' memang cari nahas.

"Kita dah bersedia ka?"

Aku gerenti punya lepas tu depa mungkin tak berani dah nak tanya soalan tu kat aku pasai aku akan 'basuh' cukup² punya. Selagi depa menjawab selagu tu la aku akan 'basuh'. Tak kira depa nak kaleh kut mana pun aku akan pastikan depa mengaku yang sebenarnya depa sendiri pun

'MEMANG TAK BERSEDIA UNTUK BERPILIHANRAYA"

Kalau takat nak main kut-kut dengan aku baik tak payah. Konon kata rakyat dah marah kat Umno, meluat kat Umno. Main sedap mulut kut sana kut sini tapi bila mintak bukti dah tentu punya tak boleh bagi. Lepas tu tentu punya depa akan kata "patutnya depa kena buat tu, depa kena buat ni."

"Jangan dok sebok kata depa kena buat tu, depa kena buat ni, yang "kita" tu dok buat apa?" "Kita yang dok kata depa tak buat tu, apa yang 'kita dah 'buat?"

Lagi satu aku tunggu² sangat kalau depa kata depa takdak jawatan apa² dalam parti. Memang soalan 'menempah maut'. Memang la lepas tu aku akan 'berkhutbah' pasai tanggungjawab ahli. Apa depa sebagai ahli kena buat. Apa kuasa yang 'kita' ada, dan apa sebenarnya 'arahan' parti kat 'kita'.

Nasib baik la PAS Parit Buntar akan buat Ijtima' Pilihanraya hujung minggu ni, maknanya dah sedar la kut. Kalau dak memang aku tunggu msyt, aku akan 'bubuh' cukup-cukup. Demi PAS, biar ada yang merah telinga aku peduli apa.

Aku tulis ni bukan apa, sebenarnya aku nak peringat kat diri aku sendiri yang aku sendiri ada tanggungjawab yang lagi berat dari duluyang nak kena buat, dan aku dah takdak alasan lagi dah.

IJTIMA' PILIHANRAYA PAS PARIT BUNTAR

DATO' TN IBRAHIM TN MAN
(AJK PAS Pusat)
16 Mei 2009 (Sabtu) 9.00 PM
Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin
Titi Serong, Parit Buntar.

SEMUA DIJEMPUT HADIR


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...