Bab kerajaan campuran ni dah lama kita dengar. Sejak mula BN kalah di Perak, cerita ni cukup hangat termasuk misi yang dimainkan oleh Mufti HARUSsani. Tapi panas tak lama bila pimpinan PAS dan PKR tak layan.
Tak lama lepas tu timbul pulak isu Muqabalah, yang jadi hangat isu ni pasai dikatakan ada antara pimpinan PAS yang berjumpa dengan pimpinan Umno bincang nak bersatu kononnya demi melayu. Aku ambik pendekatan percaya bulat-bulat penjelasan pimpinan PAS yang kata semua tu tak betul masa Muktamar tahun lepas.
Bila semua orang sibuk dan pening dengan KUDETA di Perak, timbui pulak satu lagi cerita. Aku perasan bila Siasahdaily tulis Malaysia bakal ada kerajaan perpaduan? , tapi aku malas nak pening kepala, aku abaikan ja artikel tu.
Tapi bila Bakar Beca tulis Agenda apa jadi pak yet dalam kerajaan campuran? aku rasa pikir, tak boleh jadi ni. Kemudian Perakexpress pulak terbitkan "Jangan salah tafsir pandangan Abdul Hadi", lepas tu Matsamankati sambung dalam "Politik Perak makin gila" aku mula rasa tak senang duduk.
Aku rasa aku kena tulis sikit pasai ni. Buka apa, dalam aku menulis kat internet ni dua bloggers ni aku anggap sebagai perawi yang boleh pakai. Bukan maksud aku boleh pakai 100% apa yang depa tulis, tapi pada aku depa ni tak tulis sebarangan. Depa ni setahu aku akan hanya mula tulis secara 'terang' macam tu lepas depa dah yakin 'memang ada isu'.
Lagi satu aku punya cara dalam menganalisa khabar angin politik ni, aku guna kaedah "kalau cerita tu panjang sedepa kurang-kurang pun takat sejengkai mungkin betul". Khabar angin yang aku kategorikan sebagai 'perlu penjelasan lanjut', perlu maklumat tambahan dari sumber lain.
Tapi kali ni aku memilih untuk takmau pening kepala, takmau perabih kredit cari maklumat tambahan. Aku nak anggap semua tu macam khabar angin lain yang aku tak pernah dan tak berminat nak layan.
Aku cuma nak ingatkan balik kepada semua ahli dan pimpinan PAS tentang usul yang telah dipersetujui sebulat suara masa Muktamar tahun lepas :
"SEMUA PIHAK PERLU MEMPERKASAKAN PAKATAN RAKYAT"
Aku jugak nak ulang balik apa yang diucap oleh TG Presiden masa muktamar tu :
Sejarah membuktikan yang PAS tidak pernah mengkhianati kawan./blockquote>Lagi satu aku nak bagi pendapat aku tentang natijah dari krisis di Perak. Pada aku apa yang telah terjadi di Perak setakat ni amat-amat menguntungkan PAS utuk jangka masa panjang. Jangan sampai tindakan yang akan kita buat lepas ni akan merugikan PAS untuk jangka masa panjang.
Jadinya nasihat aku, jika kita mengaku sebagai ahli PAS kita tak sepatutnya "langgar keputusan muktamar" dan jangan pula kita mengubah sejarah tu.
PAS sudah melalui pengalamgn politik yang panjang. PAS sepatutnya mengkaji betul-betul semua yang telah PAS alami dan ambil pengajaran atas semua tu sebab ramai pengkaji sejarah bagitau yang sejarah selalu berulang.
Tambahan pulak di Perak, keadaan amat kritikal. Kemungkinan DUN Perak berjaya dibubar amat tinggi. Sepatutnya kita semua sebagai ahli dan terutama sekali pimpinan PAS menumpukan segala usaha, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan PAS berjaya di Perak pada pilihanraya negeri yang mungkin akan diadakan paling awal bulan April dan aku jangka selewat-lewatnya pun bulan Julai tahun ni.
Lagi satu aku minta sangat kepada seluruh pimpinan PAS, tolong jangan bagi kepala kami, orang-orang bawah ni pening dengan masalah baru, masalah yang kita tengah tempuh la ni pun aku nampak macam PAS kurang mampu boleh atasi.
Kalau la betul jadi macam yang dalam gambar kat atas skali tu, aku rasa aku akan jadi pembangkang. Bila aku kata macam tu kat sorang member terus dia kata "Hang nak lawan Islam pulak?"
Aku tak pernah bermaksud nak lawan Islam, aku cuma nak jadi pembangkang dengan maksud aku akan hentam kalau aku rasa apa yang depa buat salah pada pandangan aku. Jangan harapkan aku nak sentiasa bersangka baik macam selama ni.