Kalau la aku yang jadi Tuan Speaker... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 27, 2009

Kalau la aku yang jadi Tuan Speaker...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker. Aku ulang lagi sekali, Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker. Memang la aku takkan jadi Tuan Speaker sebab aku ni Daun Kari. Daun Kari mana boleh jadi Tuan Speaker. Jadi YB pun tak boleh mana boleh jadi Tuan Speaker. Bukan takat tak boleh jadi YB, jadi calon pun tak boleh dah tentu-tentu la tak boleh jadi YB, nak jadi Tuan Speaker lagi la dah tentu tentu tentu tak boleh.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, aku tak jadi macam YB V Sivakumar tu, macam yang Labi kata kat Labu dalam Filem Nasib si Labu Labi "Kalau aku jadi kaya aku tak jadi macam Hj Bakhil tu". Aku akan jadi ....
{ sebelum baca seterusnya hangpa dah baca ka artikel aku yang pasai YB Timun vs YB Durian? Kalau tak, hangpa jangan marah kat aku kalau hangpa ada sikit mushkil pasai istilah yang aku guna. Kalau tak baca lagi pi baca dulu, kalau dah baca boleh la teruskan membaca cerita KALAU aku... }

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, aku tak buat macam YB V Sivakumar buat tu. Aku tak gantung YB Timun dengan Ecxo-exco Timun dia. Aku rileks ja, buat tak ret ja, buat-buat tak tau ja. Biar pi kat depa nak melompat macam katak ka, nak menari macam beruk ka, biar pi kat depa. Aku rileks ja. Kuasa Hikmat yang aku ada bukan boleh guna sebarang tempat,sebarang masa.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, MB Durian nak buat apa pun aku buat selamba ja. Ikut jugak la rentak dia tapi sikit-sikit. Ikut jangan depa sampai kata aku tak ikut depa langsung ja. Exco-exco Durian nak buat apa pun aku buat selamba ja. Ikut jugak la rentak depa sikit-sikit, jangan depa nampak macam aku dah kena beli dengan Umno BN ja. Kalau MB Durian tegur aku, selamba ja aku jawab :
"Dato' Seri jangan risau, saya bukan katak, saya ni kan CenangauTuan Speaker, saya tak lompat punya. Dato Seri ada plan Dato' Seri, saya pun ada plan saya. Dato Seri tunggu ja, sampai masa nanti kita menang punya, percaya la cakap saya. Kalau Dato' Seri tak yakin dengan saya, suruh la budak-budak Unit Amal tu kawai saya, jaga saya 24 jam."

"Elok jugak depa jaga saya, saya pun takut jugak, mana tau kut-kut kena culik macam Timbalan Speaker, habih la kita. Lagi pun saya dengan yang lain tak berapa yakin, sembang ja lebih. Kalau dengan Unit Amal ni saya yakin tentu selamat punya. Depa ni bukan kira, dengan FRU pun depa lawan, depa ni mati pun sanggup pasai depa-depa ni memang selalu sangat saya tengok menyanyi dengan penuh semangat, penuh perasaan mengharap mati syahid."

"Rileks Dato' Seri. 'We cross the bridge when we see the bridge' [dengan izin]"


Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, bila nak dekat-dekat bulan April baru aku pi hantar notis bagitau kat sultan nak buat sidang DUN. Aku takut apa, Sultan bukan boleh buat apa sangat pun. Memang la sultan ada kuasa tapi negeri ni negeri Perak bukan negeri Pinang Dua Butir. Sultan ada had kuasa dia dan jajahan takluk dia, Speaker pun ada bidang kuasa dia dan jajahan takluk dia jugak.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, aku nak takut apa. Kalau nak kira power, aku sebagai CenangauTuan Speaker lagi power dari Sultan. Sultan atas dia sebagai sultan, depa boleh dakwa kat mahkamah tapi aku atas aku sebagai CenangauTuan Speaker mana ada sapa boleh saman kat mahkamah. Lagi pun sultan Perak ni bukan macam sultan negeri-negeri lain, sultan Perak ni bekas hakim dan dia pun pernah jadi DYM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, takkan dia taktau undang-undang bab kuasa CenangauTuan Speaker.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, aku akan buat selamba ja, buat rileks ja. Buat-buat taktau ja kat MB Timun, buat-buat taktau ja kat Exco-exco Timun. Lantak pi la kat depa nak kata apa pun aku rileks ja. Biar pi kat depa, nak mengarut mencarut macam burung kakak tua ka, nak meraung membebel macam ungka ka. Aku rileks ja. Simpan dulu Kuasa Hikmat aku. Rileks tunggu sampai hari sidang DUN bermula.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, MB Durian nak buat apa pun aku buat selamba ja. Ikut jugak la rentak dia tapi sikit-skit ja. Ikut jangan depa sampai kata aku tak ikut depa langsung ja. Exco-exco Durian nak buat apa pun aku buat selamba ja. Ikut jugak la rentak depa sikit-sikit, jangan depa nampak macam aku dah kena beli dengan Umno BN ja. Kalau Exco-exco Durian tegur aku, selamba ja aku jawab :
"YB-YB jangan risau, saya bukan katak, saya ni kan CenangauTuan Speaker, saya tak melompat punya. Kalau YB-YB ada plan, saya pun ada plan saya. YB-YB tunggu ja, sampai masa nanti kita menang punya, percaya la cakap saya. Kalau YB-YB tak yakin dengan saya, suruh la budak-budak Unit Amal tu kawai saya, jaga saya 24 jam."

"Elok jugak depa jaga saya, saya pun takut jugak, mana tau kut-kut kena culik macam Timbalan Speaker, habih la kita. Lagi pun saya dengan yang lain tak berapa yakin, sembang ja lebih. Kalau dengan Unit Amal ni saya yakin tentu selamat punya. Depa ni bukan kira, dengan FRU pun depa lawan, depa ni mati pun sanggup pasai depa-depa ni memang selalu sangat saya tengok menyanyi dengan penuh semangat, penuh perasaan mengharap mati syahid."

"Rileks YB-YB semua. 'We cross the bridge when we see the bridge' [dengan izin]"

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, bila sampai hari DUN bersidang bulan April, awai-awai lagi aku dah bangun tidur. Mandi bagi lama sikit, sabun badan lama sikit, syampo rambut bersih-bersih. Biar segar satu badan, lepas tu bubuh minyak atar bagi banyak sikit biar sebatu lagi dah terbau. Misai pun aku kena trim bagi rapi, janggut pun kena trim jugak, jangan nampak selekeh. Mana boleh CenangauTuan Speaker nampak selekeh. CenangauTuan Speaker kena kemas, biar dari jauh lagi depa dah perasan pasai aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi besar hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, aku kena pastikan pagi tu penampilan aku nampak hebat. Jubah speaker aku tu aku kena pastikan sedia untuk aku pakai dua tigahari sebelum tu lagi. Aku akan pastikan jubah tu bukan saja bersih tapi kelihatan bersih dan rapi, sikit kedut pun tak boleh ada. Aku kena pastikan aku kelihatan betui-betui hebat hari tu. Biar aura aku sebagai CenangauTuan Speaker terpancar, biar semua orang gerun kat aku pasai aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, sebelum pi dewan hari pertama pembukaan sidang DUN tu, aku akan pastikan aku ambik sarapan. Aku ni memang jenis yang tak memilih tapi yang penting Kopi Radix kena ada. Bila dah pekena secawan, baru la rasa power sikit, baru la konfiden aku bertambah, kan ka aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, sarapan pagi tu makan nasi lemak pun takpa tapi tak boleh dah yang beli bungkus kat warung tepi jalan macam selalu, biar MEM masak sendiri kat rumah. Bukan aku tak boleh makan yang dijuai kat warung tepi jalan tapi aku hari tu tak main cincai macam selalu. Dibuatnya nasik lemak tu sambai sotong dia terlebih pedas, tak passai-pasai pulak satgi perut aku sakit. Hari tu aku mana boleh sakit perut. Mana boleh aku tujuh lapan kali kena berulang alik pi bilik termenung, kan ka aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, awai pagi lagi aku dah pi ke Dewan, biar aku yang sampai mula-mula sekali. Aku siap pastikan ada 4 orang Unit Amal yang jenis tak makan saman punya akan eskot aku. Kalau boleh aku nak pinjam Unit Amal yang jadi driver MB Durian tu jadi driver aku pada hari tu dan jugak yang selalu eskot MB Durian tu pulak jadi ketua eskot aku. Aku yakin dengan depa berdua tu pasai aku pernah tengok depa lempang orang yang takmau dengar bila depa tegur sampai jatuh longkang. Takkan MB Durian tak bagi pinjam kut, dia pun tau yang aku wajib selamat sampai ke Dewan pagi tu. Mana boleh aku tak sampai pasai aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, mula-mula sekali aku akan cari Abdullah Antong, Setiausaha Dewan. Aku kena bagi warning kat dia tu siap-siap. Memang la dia tu jenis yang boleh diharap tapi aku tak boleh 'take for granted' [dengan izin]. Aku kena pastikan keadaan dalam kawalan aku. Aku kena pastikan dia tak sabotaj aku, kan ka aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, bila dah sampai masa nak mula Sidang DUN aku akan terus pi ke tempat aku. Aku akan pastikan Unit Amal yang dua orang tu iring aku. Mana ada yang berani tahan aku, aku Speaker, kat dewan tu aku yang berkuasa. Kalau ada yang nak buat kurang ajar dengan aku memang aku belasah punya. Kalau dua orang Unit Amal tu lambat naik tangan, aku sendiri yang akan bagi penerajang. Aku nak takut apa, pistol pun aku dah pastikan siap isi peluru malam sebelum tu, aku dan bubuh siap-siap dalam poket jubah speaker aku tu. Apa nak jadi pun jadi lah, aku tak kira, yang pentung aku mesti dapat duduk kat kerusi Speaker kat depan tu pasai aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, hari tu Sultan yang nak pi rasmi Sidang DUN pun aku layan lebih kurang ja. Aku tak boleh bagi muka sangat. Kalau dia gatai nak campur tangan, aku akan terus angkat sembah. (nak kena ikut adat jugak la walaupun hati aku memang tak setuju, kan ka hari tu aku adalah CenangauTuan Speaker, speaker kena la behave as Speaker with Honour [dengan izin]. Aku takmau cakap banyak, aku nak cakap ikut skrip yang aku dah hapai sejak seminggu sebelum tu. Nak ulang yang tu ja. Kalau tak ikut skrip aku takut aku termaki Sultan Perak pulak. Mana boleh aku maki sultan, kan ka aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Aku cuma akan ulang skrip :
"Ampun Tuanku, beribu-ampun, patik mohon SEMBAH DERHAKA, patik sentiasa rela junjung titah tuanku tapi di sini bukan Balai Rong Seri (BRS) tapi Dewan Undangan Negeri (DUN), patik mohon SEMBAH DERHAKA. Ampun Tuanku"

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, bila dah mula ja sidang DUN, aku akan bagi isyarat kat sorang YB tu dan dia pun memang dok tunggu isyarat dari aku ja. Pasainya sehari sebelum tu aku dah sembang panjang dengan dia. Dah cerita apa plan aku. Bukan takat cerita, aku siap ugut dia sekali. Bukan aku tak percaya kat dia, malah dia la yang paling aku percaya pasai dia tu aku punya peminat jenis 'kipas payah mati' punya, tapi aku tak boleh 'take for granted' [dengan izin]. Aku kena pastikan semuanya berjalan ikut plan aku, ikut skrip aku pasai aku sebagai CenangauTuan Speaker ada misi penting hari tu.

Apa misi aku? Cuma satu dan cukup mudah. Nak pastikan ada undi tak percaya kat MB Timun dan masa undi tak percaya tu geng MB Durian menang bila dibuat belah bahagi. Tak kira la masa tu berapa pun jumlah YB belah MB Durian dan tak kira la berapa pun jumlah YB belah MB Timun. Plot dia cukup senang. Bila YB berkenaan baca peraturan dewan no.##{Abdullah AntongCyberboron! tolong semak sat peraturan no berapa}, nak buat usul undi tak percaya, aku yakin akan ada YB dari geng MB Timun yang akan bangkit berdiri nak bantah. Kalau takdak yang bangkit, aku dah siap bagi skrip kat YB yang aku suruh bentang tu. Kalau dia baca ikut ayat dalam skrip tu, geng MB Timun mesti bengang punya, mesti tak boleh tahan punya, mesti ada yang bangkit berdiri nak bantah punya.

Plot seterusnya bila ada ja yang bangkit nak bantah, belum pun habih keluar perkataan ketiga dari mulut dia, aku akan terus suruh dia duduk. Dia mesti melawan punya dan aku yakin geng-geng dia yang lain ada yang akan bangkit berdiri sama. Aku akan layan depa sampai jumlah yang berdiri tu cukup secukupnya. Kalau tak cukup lagi aku akan provoke [dengan izin] depa sampai la jumlah yang berdiri dari geng MB Timun tu cukup macam yang diperlukan. Bila dah cukup ja, aku pun tanpa tunggu walau sesaat terus guna HIKMAT COKMAT MENTIMUN DURIAN, terus aku jatuh hukum HALAU KELUAR DEWAN semua yang berdiri dari geng MB Timun dan seterusnya HUKUM GANTUNG depa semua.

Kalau la aku yang jadi CenangauTuan Speaker, masa tu ikut sedap aku la nah bubuh berapa lama pun, bukan takat setahun, hukum gantung sampai kiamat pun aku boleh bagi. Aku peduli apa depa nak kata apa. Aku sebagai Tuan Speaker ada kuasa durian. Takkan dengan timun pun durian nak takut. Tak payah penin macam mana la dah tentu durian menang punya, tok nenek aku tah berapa keturunan dulu dah lama dah fikir, memang keputusannya muktamat, durian yang menang.

Bila dah GANTUNG tu, lepas tu, its all history. [dengan izin]

{Ya CenangauTuan Speaker CENANGAU [yang tak suka makan DURIAN tapi suka makan tempoyak] mengizinkan}

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...