Aku sebenarnya dah cukup pening dengan apa yang berlaku di Perak ni. Mana tak pening kalau macam-macam maklumat atau isu baru muncul bukan lagi setiap hari tapi mungkin setiap jam, atau mungkin jugak setiap minit.
Kalau nak betul-betul mengikuti perkembangan secara detail, kena duduk depan laptop setiap masa, setiap saat kena online, kena selalu 'refresh' brouser sekerap mungkin. Tambah-tambah pulak bercambah blog baru muncul termasuk blog pimpinan, macam cendawan tumbuh lepas hujan.
Kalau jenis yang macam aku yang kurang boleh online kerap, selalu sangat 'tertinggal keretapi'. Ditambah pulak dengan berita kat TV pun takdan nak tengok, suratkhabar harian pulak dah lama tak beli. Kalau nak harap berita dari suratkhabar Harakah dan Siasah ja alamat kena kutuk la kalau sembang politik di kedai kopi.
Yang bagi ok sikit pun pasai aku langgan Berita SMS Harakah, tu pun selalu sangat depa hantar lambat, kadang-kadang 3, 4 jam lambat, patutnya kaedah tu cepat tapi selalu jadi berita ket TV lagi cepat siar.
Apa pun keadaan dan macam mana serabut pun keadaan di Perak, semua pimpinan, ahli dan penyokong parti-parti dari Pakatan Rakyat jangan terleka dari misi utama kita yang dah tak lama dah.
Kalau ikut countdown kat Markaz MTD Kuala Sepetang yang aku sempat pi petang semalam, cuma ada lagi 36 hari sebelum tarikh buang undi di Parlimen Bukit Gantang.
Walaupun kita sibuk menganalisa dan membuat andaian apa yang akan berlaku seterusnya di Perak, kita kena ingat misi utama kita kedepan ni, untuk memastikan calon dari PAS yang akan mewakili PR menang besar di Bukit Gantang.
Rasanya semua kawasan-kawasan PAS, bahagian-bahagian PKR dan DAP di seluruh Perak dah tau tempat bertugas masing-masing. Macam tu jugak jentera dari negeri-negeri lain.
Kalau ada lagi yang belum turun ke UPU yang berkenaan, pada aku hujung minggu depan dah boleh dikira terlambat. Kalau boleh kena turun secepat mungkin pasai terlalu banyak yang perlu dibantu terutama di UPU-UPU yang jentera PR kita lemah.
Kita kena sedar PRK Bukit Gantang akan memberi kesan yang cukup besar kepada keadaan politik selepas ini di Perak dan juga akan turut memperngaruhi politik di seluruh negara bersama kesan dari Bukit Selambau dan Batang Ai.
Oleh itu kita tidak mampu untuk kalah di Bukit Gantang terutamanya. Sebaiknya kita perlu memang besar di PRK Bukit Gantang. Bagi kebanyakkan 'orang kita', kalau kita tanya aku rasa lebih 90% akan kata kita saheh menang punya.
Bagi yang berpendapat macam tu, sebaiknya turun sendiri ke Bukit Gantang, jangan anggap pekan Changkat Jering tu sebagai Parlimen Bukit Gantang. Kalau nak tengok 'keadaan sebenar' kena melawat ke UPU-UPU di DUN Kuala Sepetang, sembang sendiri dengan 'orang kita' di sana.
Kesimpulannya, kita jangan bagi pening lebih sangat dengan berita-berita sensasi terkini dari Perak. Kita kena lebihkan tumpuan kepada macamana nak memenangkan calom PR di PRK Bukt Gantang dan aku boleh sahkan yang Bukit Gantang memang memerlukan bantuan yang sebaik mungkin dari orang luar berkali-kali ganda dari PRK Kuala Terengganu dan PRK Permatang Pauh.
Gambar ciloq dari blog intanhijau