Aku tak tau nak kata macam mana lagi. Sebelum ni aku dah pernah tulis dalam entry "Takat marah kat kedai kopi tak jadi...". Sebelum tu dalam statement yang agak radikal aku pernah tulis PAS "Perak kalah di Kuala Terengganu"
Isi aku cukup mudah. La ni bukan lagi masa kita nak beretorik. Bukan lagi masa kita nak tunjuk hebat. Bukan lagi masa kita himpun ramai-ramai kat tempat ceramah. Bukan lagi masa kita hempuk meja kat kedai kopi. Tapi la ni masa kita buat kerja. Tak kira sapa pun kita, kita kena buat kerja.
Tolong sebarkan maklumat kepada orang ramai, dengan sms, email, talipon dan sebagainya. "Saudara wajib talipon kepada saudara yang UMNO dan beri penjelasan yang sebenarnya."
Yang kat atas tu bukan aku punya ayat, dan aku cukup yakin bukan Wak Banjari punya ayat tapi ayat yang keluar dari mulut Hj Nzar. Ayat berbentuk rayuan dan peringatan yang cukup mudah yang sepatutnya semua orang paham.
Ayat yang merayu kita semua supaya buat kerja. Ayat yang juga mengarahkan kita supaya mula buat kerja. Kita tak payah susah-susah pikir nak kena buat projek besar-besar. Program yang hebat-hebat. Benda-benda macam tu biar pimpinan yang fikir.Kalau kita terfikir pun kalau kita boleh bagi tau kat depa. Tapi nak buat benda tu adalah tanggungjawab depa.
Tapi kita ni sebagai individu apa yang kita buat? Tak payah la kita cari alasan. Kalau nak senaraikan alasan, sapai bila pun tak habih. Soalnya kita nak BUAT KERJA ka dak?
Habih takdak pun ikut cadangan Hj Nizar. Takkan kita takdak langsung kawan orang Umno. Takkan takdak langsung adik-beradik sepupu sepapat kita yang Umno. Macam Hj Nizar kata, bagi penjelasan kat depa-depa tu.
Lagi satu, geng media yang berkampung kat rumah MB tu dah tolong sediakan bahan. Memang la ada yang dah siap cetak dan dah diedarkan melalui penerangan parti-parti PR, tapi banyak mana sangat yang depa mampu cetak. Setakat mana sangat kemampuan depa nak sampaikan kepada golongan sasaran.
Yang mudahnya kita sendiri boleh downloat kat sini. Aku pun dah buat thumbernail kat sini. Download la file PDF tu lepas tu print.
Tak payah photostate banyak-banyak pun tak pa. Kalau boleh setakat jiran-jiran kita pun dah cukup. Kita nak sembang, cerita panjang mungkin tak pandai. Cara senang, hulur ja kat depa risalah tu. Biar depa baca sendiri.
Kalau depa tanya soalan jawab laa takat yang boleh. Kalau depa nak tau lebih lanjut suruh depa p dengar sendiri, la ni memang Hj Nizar tengah buat roadshow seluruh negeri. Kalau perlu bawap depa pi.
Kalau depa mungkin jenh malu nak pi ceramah, suruh depa baca kat internet. Belambak dok ada bahan kat internet. Kalau depa kata takdak internet, bagi depa tengok yang kat rumah kita. Kalau kat rumah kita pun takdak, bawak depa pi cybercefe.
Kalau jenih kak mengope pulak, jangan la setakat duduk dengan geng-geng kita yang dah memang belah kita. Try ubah sikit, lepas ni pi duduk dengan orang yang atas pagar pulak. Sembang dengan depa, cerita kat depa apa yang kita tau yang depa taktau.
Kalau benda yang simple macam tu pun tak boleh buat, pada aku baik tak payah mengaku penyokong Pakatan Rakyat. Buat malu ja mengaku kesian kat Hj Nzar. Konon meluat kat Najib, meluat kat PakLah.
Pada aku kalau KERJA yang mudah macam tu pun kita rasa tak mampu nak buat, aku cukup takut kita sebenarnya tergolong dalam golongan yang berpura-pura. Yang dalam Istilah Islam disebut MUNAFIK.
Kita kena buktikan dengan KERJA yang kita sebenar-benarnya bukan dari golongan MUNAFIK