Takat marah kat kedai kopi tak jadi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 13, 2009

Takat marah kat kedai kopi tak jadi...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Semenjak dua menjak ni orang PR memang semakin garang. Dengar ceritanya depa sembang tak kira tempat dah, tak kira dah dengan sapa pun, depa main belasah ja. "JANJI PUAS HATI" Kalau ikut cakap depa "timba laut pun karing"

Cumanya aku agak mushkil agak-agak setakat mana laa kesannya depa bersembang pung-pang pung-pang tu. Kalau Merdeka Centre boleh buat kaji selidik bagus jugak. Biar depa nampak takat nama kesannya, takut takat habih air liur jaa. Boleh laa takat nak lepas geram, takat nak puas hati sendiri.

Sepatutnya kita sama-sama fikirkan macammana nak menterjemahkan kemarahan rakyat la ni menjadi KERJA. Kerja dalam bentuk perbuatan yang akhirnya boleh memberi kesan dalam menambahkan lagi peluang untuk menjatuhkan Umno bukan saja di dua bukit dalam masa 2 bulan ni tapi sampai PR dapat menawan Parlimen pada pilihanraya Umum akan datang.

Aku rasa cadangan Ir SriLanka kat entry aku sebelum ni agak menarik jugak.
Bro...aku cadangkan buat kutipan or dapatkan sponsor sebanyak mungkin..then duit tue beli bendera atau yang sewaktu dengannya yg melambangkan sokongan kepada YB Nizar...Edarkan kepada seluruh warga Perak yg menyokong perjuangan PR...mintak depa kibarkan depan rumah...Sure kecut pemimpin UMNO nengok benda nie ada depan umah rakyat Perak yg menggambarkan isi rumah menentang/boikot depa...

Salam Perjuangan dari SriLanka..

Benda-benda macam ni la yang pada aku cukup berkesan pasai melibatkan orang ramai secara langsung. Kalau takat seronok nak pi Ceramah Perdana jaa tak ke mana kita sebenarnya. Boleh la takat nak kembang hidung bangga tengok berpuluh ribu pi dengar ceramah tapi realitinya yang pi tu puak-puak tu jugak. Puak-puak yang dah memang belah kita.

Yang patut jadi sasaran kita puak-puak yang tak pernah pi dengar ceramah, yang penceramah depa TV¾, yang 'rujukan muktabar' depa Utusan Meloya dan Berita Hairan. Depa-depa tu aku rasa belum sokong kita pasai depa takdak maklumat. Kita patut kesian kat depa ni, bukan marah kat depa tak tentu pasai.

Pada aku banyak benda yang kita, secara individu boleh buat. Selain dari mula bersembang dengan depa-depa ni kita patut fikirkan kaedah lain yang lebih menarik dan lebih kreatif.

Jangan tanya aku apa nak buat pasai aku pun macam hangpa jugak bukan pandai mana pun tapi kita kena sama-sama fikir pasai kelebihan dan kekurangan kita tak sama. Kita kena gunakan kelebihan yang kita ada dan lebh cantik lagi bertukar-tukar idea.

Setakat ni aku ada satu idea apa yang boleh kita buat, benda yang senang nak tak perlu modai, yang cucuk sesuai untuk golongan muda terutamanya bawah 40tahun, yang tua pun boleh sebenarnya. Aku dah try sendiri dan memang berkesan.

Aku cadangkan kita mula berbluetooth. Banyak dok ada clip video kat internet ni yang boleh kita muat turun lepas tu kita sebarkan. Aku nak kongsi pengalaman dari experiment aku sendiri.

Aku download video "Protest and tear gas rock royal town" dari youtube guna software Youtube Downloader. Software ni mudah pasai lepas download boleh terus convert pi bentuk 3gp yang boleh kata semua handphone boleh main balik file jenis ni. Lepas tu aku gunakan bluetooth untuk hantar ke handphone.

Untuk mudahkan orang yang agak rabun IT, aku dah uploadkan video tu yang dah convert dalam bentuk file 3gp kat sini. Boleh download dan terus hantar ke handphone. Kalau tak reti mintak tolong laa kat orang yang reti.

Apa aku buat masa experiment aku? Aku pi lepak mengope satu kedai kopi. Ada sorang member yang aku kenai dengan 2 orang kawan dia yang aku tak kenai duduk satu meja. Lepas salam berkenai apa lebih kurang aku terus suruh member tu on bluetooth handphone dia. Aku terus transfer file video tu kat dia. Langsung aku tak layan dia tanya video apa. Aku cuma kata yang tu video panas.

Lama jugak laa hantar file tu pasai size besar, dekat 20Mbyte. Sambil-sambil habih hantar kami sembang laa benda-benda biasa tah apa sembang aku pun dah tak ingat. Bila dah habih hantar member tu terus buka video tu. Jelas laa dengar pasai audio dia kuat jugak.

Mula-mula member dia yang 2 orang tu buat-buat tak tau, tapi tak lama lepas tu depa tanya. Mana boleh tahan tengok member sikit punya khusyuk tengok. Last sekali dua-dua alih bangku perapat dengan member aku tu, sama-sama khusyuk tengok.

Bila dah habih baru depa sembang balik. Dah tentu laa sembang pasai video tu. Lepas aku bagi maklumat tambahan lebih kurang, aku hulur sekeping CD yang aku ambik kat rumah MB hari tu. Walaupun aku ada beberapa keping tapi aku bagi satu jaa kat depa dengan satu pesanan "Lepas tengok tolong pass kat orang lain," biar ramai dapat tengok.

lepas habih minum Radix tarik aku pun bangkit laa, nak bayar duit air pun depa tak bagi. Sungguh-sungguh tak bag aku bayar, ya laa apa sangat harga air Radix tu banding dengan maklumat baru yang depa dapat.

Pada aku experiment aku cukup berjaya walaupun takat bagi maklumat tambahan kat 3 orang. Kalau CD tu depa bagi kat orang lain, tu dah boleh kira bonus. Cuba bayangkan kalau ramai lagi yang boleh buat dan aku yakin ramai yang boleh buat lebih bak dari aku. Yang pentingnya kita bukan takat cakap berdegar-degar tapi kita sama-sama BUAT KERJA walaupun cuma cara sambilan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...