Website Umno dah paparkan senarai calon-calon dalam PAU tak lama lagi. Tak lama lagi meriah pulak laa kat TV cerita pasai persidangan agung Umno. Tak kira laa TV mana pun, semua sibuk pasai acara tu. Nampak sangat pemilik-pemilik station TV tu nak bodek.
Cumanya kali ni mungkin agak kurang meriah sikit pasai takdak dah siaran Live macam tahun lepas. Depa takut jadi macam tahun lepas. Riuh orang cina marah bila ada yang hunus keris telanjang bila marah kat orang cina.
Aku sebenarnya tak minat sangat dengan perkembangan Umno ni, tapi ambik tau tak boleh jugak pasai depa-depa ni laa yang nantinya menentukan halatuju Malaysia. Walaupun aku tak pernah pilih depa dan tak pernah teringin pun nak pilih depa tapi macam tu laa kaedah demokrasi politik nak pilih pemimpin Malaysia, sekuang-kurangnya sampai setakat hari ni.
Kalau ikut statement dari TG Nik Aziz, dia tak setuju SPR plih tarikh PRK Bukt Gantang dan Bukit Selambau lepas habih PAU. Memang nampak sangat SPR macam nak bagi kelebihan kat Umno.
Memang la kalau ikut perlembagaan PRK kena dibuat dalam tempoh 60 tapi biasanya SPR akan buat secepat mungkin. Tak pernah jadi dalam sejarah PRK dibuat pada hari ke 58, dah laa tu dibuat pulak hari Selasa, hari bekerja. Nampak sangat laa depa takut dengan sokongan kepada PR.
Pada aku kita di pihak PR memang tak boleh buat apa pasai tarikh tu. Berkandar kita maki pun tak dan guna. Memang kuasa depa, tak kira laa walaupun kita kata salah guna kuasa pun.
Pada aku satu benda yang kita patut ingat. Biasanya setiap kali PAU mesti ada isu, mesti ada benda yang terjadi yang boleh buat orang ramai marah. Aku cukup yakin mesti ada punya isu kali ni.
Dalam ramai-ramai perwakilan yang berucap, aku cukup yakin mesti ada yang tersasul, yang terlepas cakap. Tambah-tambah pulak banyak isu panas kali ni. Isu Perak dah tentu-tentu hangat punya. Isu Hindraf pun masih releven lagi. Isu sokongan orang Cina pun tentu ada yang sentuh nanti.
Memang laa kali ni depa dh tak buat siaran langsung kat TV, tapi takkan kat Internet pun tak buat. Dah tentu kelab-kelab Umno yang belambak kat luar negara nak jugak tengok pemimpin-peminpin depa berbahas.
Dalam kecanggihan tenologi maklumat la ni, tentu punya ada yang rakam. Tambah-tambah pulak semenjak dua menjak ni makin ramai dibuang kerja, mesti ada punya yang ada banyak masa nak pantau persidangan kali ni.
Aku cukup yakin, akhirnya Umno akan terasa betui-betui silap pasai pilih tarikh PRK kedua-dua bukit tu lepas habih PAU. Nak menilik aku tak reti tapi aku cukup yakin macamtahun lepas, isu kali ni jugak tak kurang panas yang akan bagi kesan besar pada undi di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.