
Aku bangkitkan balik benda ni pasai aku takmau benda yang sama berlaku lagi pada PRK Bukit Gantang. Masa PRK Kuala Terengganu takpa la pasai PAS Perak cuma sebagai 'pembantu' tapi kali ni PAS Perak sebagai tuan rumah. Kelemahan PAS Perak boleh mengakibatkan PAS kalah di Bukit Gantang.
Aku bukan bermaksud yang PAS Perak tak buat apa lagi di Bukit Ganang. Memang aku patut puji, PAS Perak dah mula susun strategi. Malah Kawasan-kawasan dah pun diserahkan nama UPU yang menjadi anak angkat. Dan memang dah pun keluar arahan supaya kawasan-kawasan kena mula bertugas.
Cumanya aku tak berapa nampak arahan tu berjalan. Mungkin jugak beberapa kawasan dah pun mula turun tapi aku cukup yakin banyak lagi kawasan yang belum buat apa lagi. Mungkin baru setakat musyuarat diperingkat kawasan. Kalau betui dah berjalan memang bagus laa, cuma aku risau kalau belum mula bergerak lagi.
Yang paling aku sakit hati bila ada kalangan pimpinan yang kata 'awai lagi', hari mengundi lambat lagi. Memang la lambat lagi kalau bilang hari, tapi kalau dibanding dengan kerja yang perlu dibereskan, lagi dua bulan pun belum tentu cukup.
Kalau kita baca apa yang ditulis kat blog-blog PR, memang nampak macam kita dah menang di Bukit Gantang tapi realitinya sapa pun taktau. Kita jangan leka pasai Umno tentu akan buat apa saja untuk pastikan depa menang.
Tambah-tambah masa tu PM dah orang lain dan tentu Najib akan pastikan yang nama dia tak tercalar dengan kekalahan selepas baru beberapa hari pegang kuasa. Kes Kudeta di Perak jelas menunjukkan yang Najib sanggup buat apa saja dan berupaya mempergunakan sapa saja.
Pada aku PAS Perak kena ada satu pasukan yang mantap yang memantau perkembangan gerakkerja pilihanraya setiap hari. Kena ada laporan harian. Kena ada jadual kerja harian yang dipantau setiap hari. Dan yang paling penting kena ada satu makenisma memastikan jadual kerja harian tu dilaksanakan.

Satu lagi, pada aku RRK Bukit Gantang boleh dan memang sepatutnya jadi tempat untuk PAS Perak memperkemaskan semula jentera plihanraya di seluruh negeri. Kita patut menggunakan PRK Bukit Gantang sebagai ujian awal untuk mengukur kekuatan jentera kita untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Harus barang diingat yang kemungkinan untuk DUN Perak dibubarkan dalam masa terdekat sangat tinggi. PRK Bukit Gantang boleh dan memang sepatutnya menjadi medah untuk mempertajamkan lagi balikjentera pilihanraya seluruh negeri, terutamanya jentera diperngkat UPU di kerusi-kerusi yang PAS akan bertanding.
Bukan aku tak yakin dengan kemampuan PAS perak, memang sebenarnya PAS Perak mampu, tapi berdasarkan pengalaman lalu aku sangat risau. Dan rasanya taksalah untuk berasa risau jika risau tu akhirnya boleh diterjemahkan kepada KERJA