
Semua pemerhati politik ada analisa sendiri pasai apa PAS menang dan pasai apa pulak Umnoi kalah. Jugak ramai yang dah tulis analisa penglibatan parti² politik masa pilihanraya kecik tu. Aku pun rasa aku patut tulis sikit analisa peribadi aku berkenaan penglibatan PAS Perak pada pilihanraya tu berdasarkan pemerhatian peribadi aku sepanjang seminggu kat sana. Secara ringkasnya pada aku walaupun calon PAS menang tapi sebenarnya PAS Perak kalah.
PAS Perak diarah bantu 5 UPU kat sana. Semua UPU tu dalam DUN Batu Buruk. Tak sesuai aku nak komen secara keseluruhan gerakerja PAS Perak pasai aku tak pernah pi UPU yang lain selain Gong Tok Nasek, jadi aku nak tulis cuma sikit dari kaca mata aku sendiri berkenaan penglibatan PAS Perak kat UPU Gong Tok Nasek yang aku sendiri terlibat 'bantu' bersama² petugas dari DUN Jertih, Dungun.
Yang kedua dan yang paling kritikal PAS Perak gagal menyediakan Pengarah yang sesuai untuk UPU Gong Tok Nasek ni. Contohnya takkan nak harapkan seorang Ketua Cawangan boleh bagi arahan berkesan kat YDP Kawasan². Memangla tak sepatutnya timbui isu senioriti tapi realitinya masalah tu tak pernah selesai dalam PAS. PakCik tu bolek kata merungut kat aku tiap² hari pasai tu. Dia kata dia hanya mampu takat bagi arahan, kalau depa tak ikut apa dia boleh buat.
Realiti dari segi gerakerja memang menggambarkan. Kebanyakkan petugas Perak kat situ lebih jadi pelancong dari petugas. Nak buat macamana, bukan laa aku kata depa memang bersikap pelancong tapi dari duduk saja baik depa pi tengok hangat perang poster, baik depa pi dengar ceramah. Nak kata apa kalau depa pi window shopping kat Pasar Payang atau depa pi ambik angin kat pantai Batu Buruk.
PAS Perak cuma bertugas 2 3 hari masa awai aku ada kat situ. Depa tolong terlibat dalam aktiviti merayu undi muslimat. Ada aku nampak kenderaan dari Perak sibuk angkut perayu rumah ke rumah. Keberkesanan aktiviti tu aku tak tau pasai aku tak terlibat dan aku rasa aku tak patut campur pasai bukan bidang aku dan aku rasa masa tu ada orang y ang bertanggungjawap mengurus.
PAS Perak cuma betui² membantu masa hari mengundi. Dengan kehadiran Ust Idris Ahmad yang aku boleh kategorikan sebagai jentera Perak pasai dia asai dari Bukit Gantang walaupun dia di situ atas sifat sebagai AJK PAS Pusat yang diarahkan untuk mengepalai setiap peti undi pada hari pilihanraya.
Dengan bantuan Ust Idris Ismail Bagan Serai, Pak Din ketua kampung dari Tg Piandang dan sorang petugas DUN Jertih depa berganti-ganti jadi 'tukang karut' kumpulan sorak. Memang meriah, kumpulan sorak perayu BN langsung tak terlawan. Ada pulak yang tolong supply air asam kat tukang karut, lagi laa semangat depa, sampai tutup pusat mengundi baru depa berenti sorak. Memang meriah, petugas tempatan pun kagum, depa takdak pengalaman kut dengan benda² macam tu masa pilihanraya² lepas.
Sepatutnya dengan jumlah petugas yang ada PAS Perak boleh menyaingi bantuan yang DUN Jertih bagi. Dengan kewangan yang bukan sikit yang PAS Perak sediakan patutnya lebih banyak lagi dapat dibuat. Bantuan PAS Perak pasti akan lebih baik kalau PAS Perak tak terlepas pandang dan dapat meyediakan seorang pengarah yang berkesan disetiap UPU yang PAS Perak diarahkan untuk bantu.
Pada aku paling kurang perlu dipastikan sepanjang tempoh kempen ada seorang pimpinan diperingkat negeri yang duduk di situ mengarah dan menyelia petugas dan dalam masa yang sama menyusun, mengarah dan memantau aktiviti kempen. Sepatutnya kalau pengurusan jentera Perak dibuat secara lebih profesional, aku yakin masalah yang kecik tapi bagi kesan yang cukup besar ni tak timbui. Yang paling aku kesal, ada beberapa pimpinan yang pi melawat tapi gagal menyelesaikan masalah ni, takkan depa tak perasan masalah sebesar tu.
Apa pun aku betui² bersyukur pasai UPU tu menang walaupun cuma 59 undi. Tapi bagi aku walaupun dari segi kertas undi PAS menang, PAS Perak sebenarnya kalah sekurang-kurangnya berdasarkan bantuan di UPU Gong Tok Nasek, secara keseluruhan aku tak tau pasai aku tak terlibat dan tidak dilibatkan. Dan aku pun tak perlu dibagitau dan tak berapa nak ambik tau pasai aku hanya 'daun kari'.
Perlu jugak aku tulis kat sini, bukan saja PAS Perak kalah tapi aku jugak secara peribadi berdasarkan ukuran bantuan, kalah jugak kat Gong Tok Nasek tu sama macam PAS Perak. Aku takat belasah boleh laa, nak suruh buat kerja boleh laa sikit-sikit tapi kalau nak suruh aku mengarah mintak maap, aku tak pandai, lama sangat dah aku 'one man show'.
Memang banyak alasan dan penjelasan yang boleh dibagi tapi pun alasannya yang nyatanya bagi aku kita tetap kalah. Kalau banding dengan Pilihanraya kecik Pendang, PAS Perak lebih ok masa kat Pendang. Apa² pun, ini semua hanya pandangan peribadi aku, mungkin pandangan peribadi orang lain berbeza.