
Macam dilapurkan oleh Utusan online
Kerajaan BN ada pendekatan ganti Speaker Perak
15/02/2009 2:26pm
Oleh Nizam Yatim
KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak mempunyai pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu daripada pakatan pembangkang yang sehingga kini enggan meletak jawatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak memaklumkan lebih lanjut apakah pendekatan yang akan digunakan berkata, pihaknya belum menentukan calon baru yang bakal dilantik bagi jawatan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di sini hari ini.
- Utusan
Masa nak ulas kenyataan PakLah ni Cyberboron aku tengok sungguh-sungguh menalaah kitap "Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak". Aku nak pegang pun dia tak bagi. Sungguh-sungguh betui dia. Hasil telaah, dia tulis macam yang kat sini.
Aku dah lama cari kitab ni, pasai sebelum ni aku takat dengar depa kata berkenaan Fasal 16(6), yang kata depa takdak bagi kuasa kat Sultan nak pecat Menteri Besar. Aku memang tak puas hati kalau takat main petik-petik saja, bila dah tengok salinan kitab ni baru puas.
Aku pun tak baca lagi, nanti laa aku buat salinan dulu lepas tu baru nak mula baca, taktau laa berapa lama baru boleh hadham. Walaupun tak tebai mana tapi aku bukan lawyer, lambat sikit la kut baru nak boleh paham.

Oleh kerana tu aku amat-amat harap, pihak-pihak yang kenaan tolong la jaga Tuan Speaker kita tu. Tolong jaga betui-betui. Kalau tanya aku, geng Hindraf yang paling patut ambik peranan jaga Tuan Speaker ni. Jangan hanya nak harap kat orang PKR ja, lagi laa tak patut kalau nak semata-mata harap kat Unit Amal.

Yang aku sikit mushkil tu pasai aku biasa sembang dengan beberapa orang yang mengaku orang kuat Hindraf. Kalau tengok cara sembang tak patut sangat laa jadi macam tu. Takpa laa, yang dah lepas tu kita dah tak boleh buat apa dah, tapi yang dah ada bunga-bunga ni, tolong laa buat kerja sungguh-sungguh jangan jadi lagi sampai macam tu.

Dengan satu kecuaian semuanya boleh berakhir, pasainya bila kerusi Speaker dapat kat depa, macam-macam depa boleh buat dan masa tu MB pun dah tak boleh buat apa-apa, kalau menang kat mahkamah pun dah takdak makna. Kena ingat jugak, bukan hanya kerusi Speaker ja, macam kata cyberboron, takat kuasa Speaker pun dah cukup untuk depa.
Jadinya jangan sampai nasi menjadi bubur. Dan yang patut diteliti jugak, jangan pulak jadi harapkan pagar pagar makan padi.