Punca Wala' taktau punca? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 12, 2008

Punca Wala' taktau punca?


Baru jaa aku berkira-kira bila nak mula belasah, dah ada pulak 'larangan' ni. Macam tau² ja aku dah berkira² nak belasah. Masalahnya yang tulis tu Ust Derih Ahmad Sungai Petai pulak. Dia ni kira termasuk antara pimpinan muda PAS yang aku hormat cara pemikiran. Dan memang selama ni aku tertunggu² artikel dia yang 'berat' macam artikel tu.

Bila aku baca sekali lalu, nampak macam dia nak blog² yang macam blog aku ni elok tutup ja. Kalau terus jugak dengan stail aku hampir pasti sangat akan langgar 'larangan'.
Bukan kita jadikan blog-blog, media untuk membelasah parti dan pimpinan sehingga mengelirukan ahli biasa dan penyokong atas pagar. 
Takkan aku nak kena tukar blog aku ni jadi blog hiburan pulak. Ish! rasa dah tua sangat, lagi pun jenis musik yang aku suka pun dah tak berapa nak ada, banyak yang dah pupus kut.

Takkan pulak nak tukar jadi blog penerangan PAS. Cukup laa kut aku buat kerja tu mula awai tahun 2000, 'one man show' pulak tu, bagi can kat orang lain laa pulak. Lagi pun aku ni bukan lagi jenis yang semangat berkobar² dengan program parti.

Kalau ceramah tu payah sangat nak ada kecuali aku terlibat menganjur. Tu pun lebih banyak masa bersembang kat gerai bihun sup, tak pun lepak dengan budak² Unit Amal yang jaga jalan. Bukan nak cerita tahap penglibatan aku dengan jamaah tapi nak bagi tau yang aku dah tak sesuai nak jadi pemberita tak rasmi.

Tapi bila aku baca balik artikel tu, aku jadi mushkil sikit. Dari bacaan aku, aku dapat faham artikel tu memang tak sekat ahli nak kritik pemimpin tapi:
jika tidak puas hati kepada jamaah dan pimpinan medan kita ialah mesyuarat, usrah, muktamar, perjumpaan tertutup, sessi muhasabah, bengkel dan apa saja program yang tidak terdedah kepada umum. Inilah medan yang terbaik untuk kita mengkritik pimpinan atau jamaah.
Masalahnya berapa orang sangat dari ahli yang ada ruang nak masuk medan tu. Kalau nak tunggu muktamar Agung, dia bukan perwakilan kawasan. Nak tunggu Mesyuarat Agung dia bukan perwakilan cawangan. Nak tunggu perjumpaan tertutup, dia tak pernah dengar pernah dibuat. Usrah? Cawangan dia tak pernah buat pun. Program² lain lagi laa.

Program yang dia boleh pi pun hanya Ceramah Umum, tiada lain melainkan ceramah umum. Masalahnya tak pernah pulak dibuat orang ceramah umum ada ruang pendengar kritik pimpinan, tapi pencamah kritik pendengar memang biasa.

Maksud aku, ruang mana lagi depa nak salurkan kritikan. Untuk aku secara peribadi, memang ada sikit sebanyak saki baki saluran rasmi, masalahnya aku dah selalu sangat guna saluran tu tapi tak pernahnya berhasil, macam anjing menyalak bukit, sakit rengkong pun bukit takkan runtuh.

Lagi satu, aku risau artikel² macam tu akan menyebabkan pintu kritik tertutup yang hanya akan melahirkan pengikut yang taksub membuta tuli, mengiyaka apa saja kata pimpinan tak ubah seperti pokka atau dalam istilah aku 'Wala' taktau punca'

Tak habih lagi ni. Nanti² aku sambung pulak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...