Pilihanraya kecik P036 Kuala Terengganu dah tak lama lagi. Di pihak PAS dan Umnoi belum lagi umum nama calon walaupun katanya dua² parti dah ada senarai pendek calon. Aku tak berapa kisah sangat sapa pun calon yang Umnoi nak letak tapi yang aku lebih risau bakal calon yang akan PAS bubuh.
Rata-rata pelobi yang tak berapa setuju Mat Sabu jadi calon hanya berdasarkan hujjah atas hasil analisa peribadi depa secara singkat yang depa kata faktor utama kekalahan Mat Sabu masa pilihanraya lepas hanya pasai dia bukan orang tempatan.
Memang tak sapa nak nafikan kelebihan calon tempatan tapi dalam masa yang sama kita kena jugak tengok faktor² lain calon yang mungkin boleh menjadi kelebihan dan mungkin jugak menjadi kekurangan.
Untuk patahkan hujjah faktor calon luar tu cukup sekadar kalau kita baca artikel yang Bakar Hak si penarik beca tulis. Dia bagi siap perbandingan keputusan untuk parlimen di seluruh terengganu. Boleh nampak jelas faktor pengundi luar tak menjadi faktor penentu utama kalah atau menang seseorang calon untuk kerusi parlimen di Terengganu pada pilihanraya lepas.
Malah majoriti kalah Mat Sabu paling rendah kalau nak banding dengan majoriti calon² lain termasuk calon dari pimpinan utama PAS Terengganu. Selain tu banyak lagi pendapat dari orang lain yang mempertikaikan faktor calon luar ni.
Ok, katalah kita terima pendapat depa kata faktor calon luar mengurangkan peluang Mat Sabu untuk menang. Pada aku apa masalahnya, kita dah tau punca masalah, kita patutnya dah boleh susun strategi macam mana nak atasi kelemahan tu.
Apa kata mula la ni, kita himpun semua tenaga pakar pasai kempen pilihanraya yang ada dalam PAS, kalau perlu kita jemput sama dari parti² lain dalam Pakatan Rakyat. Biar depa duduk semeja bincang betui² isu ni. Mintak depa buat satu strategi macammana nak mengatasi masalah ni. Jemput tokoh dari kawasan² yang ada banyak pengalaman dengan calon luar ni, mintak pendapat dan pengalaman depa.
Aku belum buat kajian pasai tempat² yang biasa letak calon luar ni tapi bagi aku pengalaman kawasan Kubang Kerian dan Parit Buntar mungkin boleh membantu. Dua kawasan ni menang ramai yang tau selalu sangat letak calon luar untuk kerusi parlimen dan dah biasa menang. Boleh jemput sama tokoh² dari kawasan yang biasa letak calon luar tapi memanjang kalah. Mesti depa banyak pengalaman susun strategi nak atasi isu calon luar ni, tak kira samada berkesan atau dak.
Lagi satu aku nak cadangkan, kalau faktor calon luar ni masalah sangat, kita boleh himpun seramai mungkin perayu undi dari kawasan² yang banyak pengalaman ni yang kita dah tapis kebolehan depa dan kita hantar pi merayu di Kuala Terengganu. Susun gerakan untuk depa² ni supaya depa dapat masuk merayu ke setiap rumah di Kuala Terengganu.
Kalau agak tak yakin lagi kita boleh libatkan sekali semua pimpinan² utama dalam PAS dan parti² lain dalan Pakatan Rakyat supaya terlibat dalam gerakan ni. Buat satu seminar untuk semua pimpinan yang akan turun berkempen di sana. Bincangkan betui² apa yang 'do and don't'. Bagi semua depa masak dengan isu ni supaya bila kita berkempen kita berkempen satu bahasa, satu nada dan satu suara.
Kita boleh guna seluruh ruang yang kita ada untuk kempen bagi mengurangkan kesan dari faktor calon luar ni. Kita boleh guna harakah cetak 8 keluaran lagi, termasuk jugak boleh guna lain² suratkhabar macam siasah, wasilah, suara keadilan dan lain². Kita boleh guna bloggers² yang belah kita yang cukup banyak la ni untuk sama² terlibat secara aktif. Selain itu tentunya kita boleh guna kaedah² konvensional macam ceramah kelompok, mengedar risalah dan CD khusus untuk menangani isu ni.
Kita ada banyak hari lagi, lebih kurang sebulan lagi, aku rasa kalau kita betui² bom Kuala Terengganu mesti boleh punya. Aku rasa kalau masalah kefahaman pengundi, dengan kekuatan jentera yang kita ada kat Terangganu sendiri yang memang diakui hebat ditambah lagi dengan bantuan jentera dari seluruh negara, tempoh dua minggu pun dah cukup lama untuk kita mengatasi isu calon luar ni.
Cumanya pendapat peribadi aku, isu ni hangat sebenarnya bukan pasai masalah pengundi sangat tapi lebih kepada masalah pimpinan tempatan Terengganu sendiri. Mungkin ada kalangan depa² ni yang ada sentimen peribadi, mungkin jugak ada yang nak jaga kepentingan peribadi.
Depa² ni kut yang sungguh², merata keliling depa cucuk, dan nampaknya depa berjaya mempengaruhi sebahagian pinpinan untuk bersetuju dengan depa dan jadi semacam tentera untuk menjayakan misi peribadi depa. Setakat ni nampaknya depa berjaya bagi isu ni jadi panas dan suasana pun nampak macam menyebelahi depa.
Apa² pun itu semua hanya pendapat peribadi aku, pendapat seorang bloggers nyamuk serangga yang kecik dengan ilmu dan pengalaman yang sangat terbatas. Moga² dapat bagi sikit input berguna untuk sama² fikir.
Pun begitu aku rasa setakat ni aku mungkin boleh mewakili majoriti ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat seluruh negara yang sangat berharap supaya PAS meletakkan Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Naib Presiden PAS sebagai calon untuk Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil P036 Kuala Terangganu nanti.