Pasai apa lagi elok kritik guna blog | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 15, 2008

Pasai apa lagi elok kritik guna blog

Aku nak sambung sikit lagi entry aku yang bertajuk 'Punca Wala' taktau punca?' hari tu rentetan dari artikel dalam blog Ust Derih Ahmad Sungai Petai berkenaan larangan dia.Dalam artikel tu aku memilih untuk berbeza pendapat pada ayat
...jika tidak puas hati kepada jamaah dan pimpinan medan kita ialah mesyuarat, usrah, muktamar, perjumpaan tertutup, sessi muhasabah, bengkel dan apa saja program yang tidak terdedah kepada umum. Inilah medan yang terbaik untuk kita mengkritik pimpinan atau jamaah.

Memanglah sebaiknya kalau nak kritik kena guna medan yang macam tersebut tapi masalahnya setakat mana berkesan kalau guna medan² tu. Yang pertama bab medan tu sendiri. Realiti la ni medan yang macam tu tak banyak dan tak meluas terutama sekali untuk ahli parti yang terpaksa anynomous. Ramai yang takdak peluang nak guna medan² tu. Tambah lagi kalau dia hanya tahap penyokong. Apa medan yang depa ada?

Yang kedua, masalahnya sampai ka dak kepada sasaran kalau kritik guna medan² tu. Contoh macam kat kg aku sendiri, aku dah guna macam² medan yang macam tu tapi nampak macam tak sampai, nampak macam hilang dibawa bayu senja.

Yang ketiga, isu hasil kritik kalau melalui medan² tu. Nampak macam takdak pulak medan untuk tindakan atas kritikan melalui medan² tu. Contohnya macam usul masa mesyuarat agung tahunan. Aku rasa macam dah jadi budaya hampir tiap² tahun, memanjang ada usul tahun lepas yang 'copy paste', makan tahun pun tak selesai jugak. Nampak macam ujud budaya 'sapu bawah karpet'.

Yang keempat, bagi yang menganut budaya tak suka dikritik, bila dikritik guna medan² tu, syarah tentang konsep wala' selalu diguna jadi senjata ampuh semacam nak tutup mulut orang yang suka mengkritik melalui medan² tu. Mungkin jugak pasai takdak medan pulak untuk tindakan, semua kritik melalui medan² tu jadi macam embun di pagi hari, hilang bila mentari memancarkan bahang sinarnya.

Pasai tu laa aku rasa ramai yang lebih suka guna medan alternatif. Blog menjadi medan pilihan ramai yang canggih dan terkini. Banyak kelebihan kalau kritik guna medan blog ni. Yang pertama, lebih selesa pasai boleh kritik kat mana², kat rumah boleh, kat pejabat boleh, kat coffeehouse boleh, sampai kat kedai mamak sambil mengope pun boleh, janji ada line internet. Cuma dihujung jari depa.

Yang kedua, boleh kritik dengan aman. Boleh kritik sampai habih, tak risau kut ada yang cantas masa tengah dok sedap mengkritik. Nak kritik pendek² boleh nak kritik panjang² pun boleh. Nak kritik banyak pihak sekali harung pun boleh. Boleh siap bagi dengan bukti softcopy kalau ada. Kalau nak bagi lagi ilmiah siap boleh bubuh nota kaki pulak lagi. Semuanya dihujung jari kita.

Yang ketiga, lebih mudah sampai sasaran pasai bila kritik guna medan ni pasai lagi ramai yang berpeluang nak baca. Kalau jadi isu panas akan ada pulak perawi sukarela. Siap boleh bagi softcopy kalau yang dikritik tu takdan nak baca sendiri pasai mungkin yang dikritik tu terlalu sibuk ataupun boleh jugak bagi hardcopy kalau yang dikritik tu tak boleh baca sendiri pasai buta atau rabun IT. Senang cerita dijamin sampai.

Yang keempat, kalau guna medan ni lagi mudah jadi isu panas. Bila dah jadi isu panas yang dikritik tu termasuk jugak yang yang kena tempias kritik tu akan mengelupoq. Kut mana cerita pun nak kena bagi isu tu sejuk. Kalau tahap boleh biar isu tu sejuk sendiri lebih elok biar sejuk sendiri. Tapi kalau tahap tak boleh sejuk sendiri kot nama pun nak kena jawab. Tak cukup jawab bertulis kena pulak jawab dengan tindakan. Cepat dan berkesan.


Yang kelima, kritikan tu boleh dijawab secara tepat, maksud aku blogger biasa biasanya tak disable ruang untuk komen, kalau dijawab terus kat situ bukan takat yang mengkritik dapat baca jawapan, orang lain yang lain tumpang baca kritik tu pun ada peluang jugak baca jawapan sama. Sama jugak, boleh siap bagi dengan bukti softcopy kalau ada. Kalau nak bagi lagi ilmiah siap pun boleh bubuh nota kaki jugak. Kalau takmau jawab dalam blog orang pun takpa, boleh jawab dalam blog sendiri, cuma perlu tinggai tunggui. Adil dan saksama.

Yang keenam, bukan saja orang yang dikritik boleh menjawab tapi orang lain pun boleh tumpang menjawab sama. Kalau kritikan tu tak berapa tepat ada orang lain boleh pebaik kritik tu. Kalau jawapan dari yang dikritik tu tak berapa power, orang yang lebih berautoriti boleh tolong tambah dan boleh tolong pebaik jawapan tu. Bila² pun boleh upgrade.

Kalau isu tu cukup panas ramai pulak yang akan copy & paste, tolong panjangkan jawapan tu, merawikan pulak kepada pembaca blog dia. Mungkin akan ada pulak yang sukarela tolong sebar luaskan lagi jawapan tu, tak kira laa guna softcopy melalui email ka, sms ka, guna pendrive ka, ataupun print jadi hardcopy sampai orang yang mengope kat kedai kopi kat tebuk² pun mungkin berpeluang dapat jawapan tu. Lagi ramai lagi cantik.

Lagi cantik kalau ada satu pasukan khas yang pantau kritik melalui medan blog ni. Bukan takat pantau kritik tapi pantau jugak jawapan untuk kritik tu.Kalau perlu kumpul maklumat dari orang yang berautoriti dalam bidang kerkenaan. Kalau perlu jumpa orang yang mengkritik, jawab berdepan, bentang jawapan kat dia, suruh dia sendiri jawab sendiri kritik dia kat dalam blog dia. Biar senjata makan tuan.

Nak bagi lagi cantik, buat semacam bank skima jawapan yang kalau perlu boleh dinaiktaraf jadi FCI (frequently critique issue) semacam FAQ (frequently asked question). Bila time nak piihanraya, kalau sesuai boleh terus ambik dan oter jadi bahan kempen, boleh selit kat dalam tong surat ruman pengundi atau bagi kat perayu undi suruh depa bagi rumah ke rumah. Mudah, cepat dan berkesan.

Apa² pun aku nak ingatkan diri aku dan yang orang yang kaki kritik macam aku. Kita kritik ni bukan semata² seronok suka² mengkritik. Biarlah sebelum kita mula mengkritik kita betulkan niat masing²®. Biarlah kita mengkritik dengan niat ikhlas nak bagi lagi baik dan mengukuhkan jamaah. 

Sebolehnya biarlah kita mengkritik dalam keadaan kita yakin pihak yang dikritik mampu untuk menjawab kritikan kita sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan dan lagi baik kalau yang dikritik tu mampu menjawab dalam bentuk tindakan sama. Jangan semata² untuk padan muka atau janji puas hati.

Macamana? Boleh terima kut? Atau pun masih jugak jatuh hukum wajib mengkritik pimpinan atau jamaah guna medan² konvesional dan masih jugak haram guna medan alternatif?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...