Ada yang kata PAS Parit Buntar tak sedar diri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 16, 2008

Ada yang kata PAS Parit Buntar tak sedar diri


Ada tah mamat mana mengaku orang Perak hantar artikel ke Tranungkite belasah PAS Parit Buntar. Aku secara peribadi takdak masalah kalau ada yang belasah PAS Parit Buntar. Kalau betui aku pun tak teringin nak nafi tapi kalau tak betui aku kena pebetui balik. 

Cumanya kalau nak belasah pun jangan laa main ikut panas hati sendiri aja. Buat laa homework sikit, buat laa kajian sikit. Jangan laa guna maklumat dari satu pihak lepas tu terus jatuh hukum. Kalau tak berupaya nak dapat maklumat dari pihak yang lagi satu tulis tu biar laa berlapik sikit. Yang lebih penting lagi semak sama takat mana wibawa perawi cerita yang kita dapat.


Sebelum aku perbetui dan sambil bela PAS Parit Buntar sikit², apa kata kita semak sikit sejarah PAS Parit Buntar yang memang kontroversi dan memang biasa menjadi fakta bila dibuat kajian tentang sejarah PAS. Saja nak tunjuk yang PAS Parit Buntar ni memang 'hebat'.

Aku pun bukan nak bela PAS Parit Buntar sangat, banyak jugak keputusan dan tindakan PAS Kawasan yang aku tak setuju, dan aku cuba guna saluran yg ada dulu, belasah depa berdepan. Kalau nak kira ikut tak puas hati memang banyak dah entry aku kat blog ni yang belasah PAS Parit Buntar.

Aku memang faham, mana² kawasan pun menang ada masalah tersendiri. Takan benda dalam kelambu pun nak cerita kat orang, kalau nak cerita jugak pun takat bagi bayang sikit² sudah laa, takat boleh sampai kat sasaran kita.

Memang pun bagi yang mengikuti perkembangan politik di Malaysia tau PAS Parit Buntar memang kaya dengan sejarah kontroversi. Bermula sejak selepas kes 13 Mei 1969 yang rentetannya tertubuh Barisan Nasional, PAS Parit Buntar dah kedepan dengan kontroversi. Sejarah tercatit yang PAS Kawasan masa tu meletakkan calon bebas melawan calon BN dari Umnoi. 

Kalau ikut versi dari calon yang bertanding sendiri, ada hujjah yang cukup kuat pasai apa dia setuju bertanding guna tiket bebas. Kalau ada yang betui² selongkar pasti terkejut kalau tau pihak² mana yang masa tu menyokong tindakan pimpinan PAS Kawasan Parit Buntar bertanding atas tiket bebas. Yang sikit mushkil pasai apa masa tu takdak sorang pun yang dipecat.

Kontroversi kedua masa Pilihanraya 1990 bila PAS membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Semangat 46, pimpinan PAS Kawasan membantah yang akhirnya 13 orang pimpinan kawasan telah dipecat dan PAS Parit Buntar digantung. Pentadbiran PAS Kawasan diambik alih oleh PAS Pusat dengan Ust Hasan Shukri yang masa tu kalau tak silap aku Setiausaha Agung menjadi pengerusi pentadbir PAS Parit Buntar.

Kalau diselongkar betul² ada faktor lain yang menyebabkan akhirnya depa² tu dipecat. Sejarah juga tercatat yang bekas pimpinan PAS masa tu yang telah menyertai Islah TIDAK meletak calon melawan calon PAS, depa hanya meletakkan calon menentang calon dari S46, dan depa berani bersumpah MENAFIKAN tuduhan yang kata depa dapat sponsor dari Umnoi, satu sen pun depa tak terima dari Umnoi.

Sekali lagi kontroversi masa pilihanraya 1999, masa Dato' Dr. Hasan Ali bertanding dan menang kerusi Parlimen Parit Buntar, kerusi DUN Kuala Kurau salah satu dari dua DUN dalam parlimen Parit Buntar terjadi pertandingan 3 penjuru antara PAS, BN dan KeAdilan. Juga ada cerita disebalik yang Dato' Dr. Hasan Ali sendiri cukup maklum.

Kalau diselongkar betul² pasti akan terkejut jugak bila dapat tau pihak² mana yang masa tu beri 'restu' tindakan pimpinan PAS Kawasan meletakkan calon dan kemudiannya hanya menarik diri selepas tiga hari penamaan calon, dan tiada yang dipecat.

Dan yang terbaru kontroversial kecil² macam yang disebut dalam artikel tu
Dulu masa belum pilihanraya ada dengar pas parit buntar berontak kepada pas perak kerana serah satu dun di parit buntar kepada pkr. Langsung tak boleh tolak ansur.
Kali ni pun ada cerita jugak dan cerita kali ni sambungan dari cerita tahun 1999 yang tak timbul masa pilihanraya 2004 yang masa tu kerusi Kuala Kurau yang PAS pernah menang masa pilihanraya yang pertama (Kerian Laut) dan sekali lagi tahun 1978, diserahkan semula untuk PAS meletakkan calon iaitu YB Lim yang menang di Titi Serong pilihanraya baru ni. Dan saja nak maklumkan juga tiada yang dipecat walaupun dah ada amaran keluar dalam Harakah lama sebelum berlaku kontroversi.

Cukup kut setakat tu dulu sejarah ringkas kontroversi PAS Kawasan Parit Buntar. Cuma nak bagitau yang PAS Parit Buntar bukan saja² nak kontroversi dan dalam masa yang sama aku cukup yakin pimpinan PAS Kawasan bersedia bila² masa kalau perlu berhujjah berkenaan insiden² kontroversi tu.

Jugak nak bagitau yang PAS Parit Buntar tidak bukak rahsia parti, malah ahli PAS dicawangan majoritinya taktau apa cerita sebenar disebalik isu pilihanraya 2008, jadi tak heran kalau ada kalangan pimpinan cawangan yang tak setuju dengan tindakan PAS Kawasan pasai cawangan memang tidak langsung dilibatkan.

Memang aku pun tak nafikan mungkin ada yang terlepas cakap, biasalah bila marah memang syaitan mudah main jarum tapi tu adalah kekurangan individu dan bukan tindakan PAS Kawasan. 

Juga perlu ditekankan yang tindakan PAS Kawasan setakat yang aku tau memang menggunakan saluran dalaman termasuk saluran hingga ke Pejabat Agung. Kalau disemak balik, laman web PAS Parit Buntar yang tetap aktif masa tu juga tidak pernah walau sekali digunakan sebagai saluran.

Panjang pulak sejarah ringkas ni. Aku sambung esok pulak laa. Satu lagi aku nak cadangkan kat sapa² yang nak buat kajian pasai PAS ni terutama kalau ada anak Parit Buntar yang nak buat tesis, tesis Phd lagi baik, aku sarankan buat kajian tentang politik Parit Buntar secara detail.

Pada aku cukup banyak khazanah yang boleh digali dan satu kerugian kalau pengalaman politik Parit Buntar yang banyak dan unik ni tak dibukukan untuk tatapan generasi masa depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...