Same Suka belasah, Cina Islam jawab | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 27, 2008

Same Suka belasah, Cina Islam jawab

Same Suka belasah YB Khalil Lim kat sini.

JAWAPAN CINA ISLAM

Pagi tadi saya menerima satu SMS dari sahabat karib seorang bloger memaklumkan apa yang saya paste kan diatas, (mohon izin dari matsaman kati dan penulis mesej diatas) untuk di jawab bagi mengelakkan fitnah ini terus tersebar.

1. Cbox ditutup- alhamdulillah ianya saya tutup pada hari dan dibulan yang paling mulia iaitu Ramadhan yang lepas. Adakah saya boleh membiarkan orang menghantar gambar-gambar lucah melalui blog yang saya kendalikan, saya sangat bimbang dengan keterbatasan waktu untuk membukanya blog saya sudah penuh dengan paste pihak yang tidak bertanggung jawab. Nasib baik yang terakhir dan paling banyak sempat saya kesan dan padamkan. Apapun itu hak pemilik blog apapun untuk menjaga blognya.

2. Lawat jenazah pakai kot dan tai. Walaupun segi hukum tidak salah kenapa perkara sekecil ini diperbesarkan dan dinasi tambahkan. Sebenarnya cuma sekali saya pergi lawat jenazah di Pekan Baru dalam perjalanan ke Ipoh. Biasalah pakaian kerja saya dari Isnin hingga Rabu, pakai tai dan kot di pejabar. Khamis baju batik, Jumaat pakai baju melayu dan sampin , hari sabtu dan Ahad berbaju korperat atau biasa ikut keseuaian.

Saya pun tidak perasan sangat kerana saya perhatikan ramai juga penjawat awam pi tengok orang mati pakai tai, malah semasa jadi guru dulu banyak kali saya pergi melwat orang mati pakai tai. Selain itu tidaklah semua mengada-ngada seperti saudara, malah anggap itu perkara yang tidak perlu diperbesarkan.

Sangat malang ditambah saya pakai kot. Sedangkan sebelum sampai ke pejabat saya cuma gantungkan dalam kereta. Orang matipun nampak saya tidak pakai kot, macammana saudara tidak nampak? kalau sejuk sangat seperti hari hujan atau nak ke pejabat tanah saya sekali-sekala pakai.

3. Perhodoh pimpinan Pas kawasan. Baik atau buruk perangai seseorang bukan kerja saya untuk sebarkan kepada sesiapa hatta sampai kepada pimpinan negeri. Maaf ! saya sangat sedikit masa untuk bersembang kosong dan cari kelemahan orang lain. Prinsip saya walaupun orang yang cuba bermusuhan dengan saya, dia tetap ada kebaikan yang Allah anugerahkan, semuga kita semua mendapat hidayah.

4.Keborosan menggunakan peruntukan negeri. Alhamdulillah saya rasa dan yakin semunay telah saya lakukan yang terbaiuk setelah sekian lama kita menenti kemenangan sejak 50 tahun yang lepas. Semuanya dikembalikan kepada rakyat. Selamat menikmatinya. Adakah memberi RM 200 setiap mesjid dan surau adalah boros?

5.Ramai AJK PAS dah tak percaya. Siapakah saudara yang mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah, adakah saudara salah seorang darinya?

6.Peruntukan 75,000. Sila datang ke pejabat untuk lihat senarainya walaupun saya ragui adakah saudara layak untuk mengetahuinya. Sebagai catatan awal perlulah diketahui peruntukan yang diberikan hanya kepada yang membuat permohonan dan jumlah tersebut adalah terhad dan sudah habis diguna pakai.

Contohnya cuba tanya blloger albanjari betulkan di tanah perkuburan Titi Serong ada penimbunan tanah kelulusan wang tersebut.

7. Azhan Atan. Alhamdulillah perutukannya sebanyak RM 2000 dibiayai oleh seorang dari Kelantan .

Semuga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, antaranya rajin-rajinlah sembahyang berjemaah dan berdoa sesudah itu, kata Tok Guru Nik Aziz masa itulah doa paling makbul.

Allahuaklam...

Ulasan aku

1. Cbox ditutup. Yang ni aku boleh terima, mungkinsebab rating web dia tinggi ada yg ambik kesempatan nak promote laman depa, tak kira laa mungkin termasuk yg prono, tapi yg aku sikit mushkil awat komen pun dia tutup jugak. Mungkin kat situ pun banyak jugak promosi prono kut, boleh jadi laa, benda dah tutup mana kita nak boleh tengok.

2. Pasai kat blog dia takdak ruang nak belasah jadi Same suka belasah YB aku ni kat tempat orang, kat ruang komen web Perakexpress.com. Kalau kat web sendiri senang sikit nak manage tapi kalau kat web/blog orang nak boleh buat apa, kena jawab jugak laa kut.

3. Aku pun ada jugak dengar cerita macam yang Same suka tulis, tapi mungkin jugak dari perawi yang sama kut, setakat ni aku masih ambil pendekatan 'dengar boleh percaya nanti sat'. Ada jugak teringat nak pi jumpak sembang sendiri dengan YB aku ni tapi sampai la ni masih takat teringat ja laa.

4. Pakai kot bagi aku memang takdak masalah, cuma aku rasa masalahnya depa payah nak jawab kut bila ada orang Umnoi kata "Tengok YB PAS tu, belagak, ada ka patut pi rumah orang mati pun pakai tai, tau laa cina tapi hormat laa sikit budaya orang melayu." Aku pun tak berapa reti nak jawab, pasai isu utama kat ayat tu 'YB PAS bangsa cina tak hormat budaya melayu,' layak ka aku jawab bagi pihak, takat nak jawab memang laa boleh.
5. Bab pimpinan dan peruntukan aku takmau komen pasai aku memang tidak berkenaan. Cuma sebagai 'pengundi calon PAS masa pilihanraya lepas', aku rasa aku layak dapat maklumat sebenar, tapi setakat ni aku cuma dapat kabar angin dari perawi yang aku nak kata penipu tak berani nak kata betui lagi laa tak patut.

5. Yang aku sikit ada rasa tak puas hati, aku sendiri tengok macam YB aku ni kurang mesra dengan Ketua Kampung, mungkin kut pasai Ketua Kampung aku ni belum lagi pi pejabat dia. Setakat ni setau aku belum pernah ada perjumpaan dengan semua JKKK dengan YB aku ni. Pada aku betapa cantik buat satu program dialog dengan semua Ketua Kampung dan JKKK, dapat input terus dari depa ni. Tak larat aku rasa YB aku ni nak ronda setiap kampung nak tanya masalah, kalau susun surau tiap malam pun mau makan bulan baru habih. Kurang-kurang pun boleh berkongsi pengetahuan antara ketua-ketua kampung.

6. Apa-apa pun YB Lim dah pun menjawab, hangpa nak terima ka dak hangpa punya pasai, aku takat menyambung jaa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...