Tawaran terbuka kepada semua wakil rakyat dari UMNO | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 24, 2008

Tawaran terbuka kepada semua wakil rakyat dari UMNO

Sukacita dimaklumkan yang pihak Pakatan Rakyat sedang dalam usaha untuk menarik beberapa orang Ahli Parlimen dari kalangan Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membolehkan satu kerajaan baru Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Umum mengetahui bahawa kedudukan Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semakin goyah. Tekanan dari kalangan ahli UMNO yang mahu beliau berundur dari kerusi Presiden UMNO dan secara automatik dari kerusi Perdana Menteri Malaysia semakin meningkat. Ramai yang meramalkan beliau tidak dapat bertahan sehingga penghujung tahun ini. Ramalan yang paling popular adalah beliau akan dicabar pada pemilihan Disember nanti dan terpaksa berundur selepas itu yang akan mengakibatkan keadaan UMNO bertambah lemah dan kucar-kacir.

Keadaan kucar-kacir tersebut akan memberi peluang selesa untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rancangannya dan diyakini akan berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Perdana menteri yang baru tersebut pastinya akan memilih kalangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan mungkin juga jawatan Setiausaha Parlimen yang tidak mustahil akan diujudkan semula.

Peluang untuk menjadi Menteri dan timbalan Menteri ini terbuka kepada semua Ahli Perlimen termasuk dari kalangan UMNO kerana pastinya Perdana Menteri baru menginginkan sokongan yang paling kuat untuk memastikan kekudukannya tidak goyah terutama sekali dengan sokongan padu dari orang melayu yang kebanyakkannya datang dari UMNO.

Peluang keemasan ini patut direbut segera oleh Ahli Parlimen dari UMNO sebelum terlambat kerana adalah diyakini Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mudah akan mendapat sokongan Ahli Parlimen dari komponen Barisan Nasional terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Jika usaha dibuat dari sekarang peluang untuk menjadi Menteri atau sekurang-kurangnya Setiausaha Parlimen amat cerah kerana dalam keadaan terdesak untuk mengimbangi sokongan berbagai kaum, sokongan dari kalangan Ahli Parlimen UMNO sangat beliau perlukan dan pastinya beliau sanggup untuk menjanjikan jawatan tersebut sebagai imbuhan.

Peluang juga terbuka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kerana gelombang peralihan kuasa ini dijangkan akan turut sama melanda kerajanj-kerajaan negeri yang sekarang diperintah oleh Barisan Nasional. Dengan perubahan sokongan kepada Pakatan Rakyat tidak mustahil akan ada undi tidak percaya di negeri-negeri tersebut yang akhirnya akan mendapat Menteri Besar baru dari kalangan Pakatan Rakyat. Keadaan itu memberi peluang kepada para Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menjadi Menteri Besar atau sekurang-kurangnya Exco.

Perlu diingatkan, inilah sahaja peluang untuk para wakil rakyat dari UMNO untuk memastikan segala salah laku yang dilakukan sebelum ini melibatkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dapat terus disembunyikan. Yang lebih penting lagi ini adalah peluang untuk meneruskan kehidupan mewah yang dinikmati sebelum ini dengan segala ruang kembali terbuka untuk mendapat bahagian dari kek ekonomi negara dan negeri.

Walaupun begitu peluang ini rasanya tidak begitu cerah kepada bekas-bekas Menteri Besar dan menteri yang telah selama ini dilabel sebagai korup dan bermasalah kerana pastinya Dato' Seri Anwar tidak memerlukan sokongan dari mereka-meraka yang akhirnya akan menyusahkan beliau. Kerana itu peluang untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang lain lebih terbuka dan lebih banyak jawatan yang boleh diisi.

Selain dari jawatan dalam kerajaan terdapat juga jawatan sebagai Pengarah di syarikat-syarikat milik kerajaan yang perlu ditukar. Jawatan-jawatan ini menjanjikan elaun yang tidaklah begitu besar tetapi masih boleh menampung pendapatan selain dari elaun sebagai wakil rakyat yang memang tidak mencukupi. Selain itu banyak lagi kelebihan yang menanti termasuk jawatan Parti diperingkat Bahagian, negeri maupun Pusat yang juga menjanjikan peluang yang tidak kurang hebat.

Oleh itu fikirlah semasak-masaknya dan tindakan yang berani dan segera harus dibuat demi kesinambungan perjuangan.

Sekian, terima kasih

Cenangau

p/s. kalau takdak kabel jangan segan-segan kontek aku tapi nak bagitau awai-awai komisyen untuk saya 20% 25%. Aku pun nak jugak GHANIMAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...