Babi oooo BABI | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 21, 2008

Babi oooo BABI

Isu BABI la ni cukup hangat. TV boleh kata hari-hari mainkan isu ni. Kalau tengok tv boleh kata semua orang kat Malaysia ni tak sokong cadangan kerajaan Selangor nak teruskan projek yang telah dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor sebelum ni yang tak sempat dijalankan atau mungkin tak berani nak dijalankan.

Aku pun sebenarnya tak setuju projek ni. Boleh bayangkan kalau projek tu di buat kat kampung aku. Kalau orang tanya aku asai dari mana, sure orang tu akan kata sekurang-kurangnya kat dalam hari " Ooo, kawasan bela BABI tu..." kalau jenis yang tak tahan telinga harus tak mengaku kampung.

Apa pekdahnya nak buat ladang BABI kalau yang makannya tak ramai. Orang cina pun ramai dah yang tak makan. Keluar cerita pulak BABI kita dah pun dieksport ke Cina. Cuba laa bayangkan kalau satu hari nanti kat dalam buku geografi budak-bidak sekolah ada statement pasai antara eksport utama Malaysia adalah BABI yang menyumbangkan sekian-sekian peratus kepada pertumbuhan KDNK negara. Nasib baik aku bukan jenis yang sarapan kat Landon, lunch kat New York dinner kat Dubai, kalau tak harus dah aku praktis cakap Indon, tak pun Tagalog.

Apa pun yang positifnya isu ni hangat la ni, biar semua orang bercakap. Biar keluar segala yang mengkelan selama ni, biar sampai semua taboo berkenaan BABI ni dah tak jadi taboo lagi sampai ada yang lebih suka guna perkataan khinzir. Tambah-tambah orang Melayu, ada yang dengar perkataan BABI pun dah meloya. Biar sampai kita masak berkenaan isu babi ni. Kalau boleh biar semua orang faham macam mana sebenarnya perangai babi ni, apa makanan dia, macam mana produktif proses pembiakannya, betul ka sifatnya pengotor. Dan yang lebih penting lagi kalau boleh biar isu BABI ni bagi bukak mata orang Malaysia siapa yang lebih BABI dari BABI yang sebenar.

Lagi satu sebenarnya kaedah penternakan BABI secara hi-tech ni boleh menjadi cara untuk menghapuskan pembelaan BABI. Cumanya kaedah pelaksanaan penguatkuasaan kena mantap. Lepas dah ada pusat setempat ni, kena HARAMkan kaedah BABI ni cara tradisional. Biar ada undang-undang bab nak bela BABI ni, syarat-syaratnya biar ketat, prosidsur nak bela kena digariskan, untuk memastikan betul-betul tidak akan mencemarkan.

Bila dah macam tu makin sikit la yang sanggup nak bela sebab syarat sangat ketat dan modal pulak perlu besar. Harga daging BABI masa tu pulak akan melambung naik dan semestilah tidak timbul lagi isu nak eksport bila harga tempatan lagi mahal dari harga diluar negara, bekalan pulak akan menjadi kurang. Masa tu pemborong daging BABI ni akan mula pulak mengimport. Jangan pulak bagi harga subsidi. Bila dah macam tu industri penternakan BABI ni tidak lagi berdaya saing dan akhirnya mungkin akan berkubur.

Nak bagi lagi menarik, masa tu jugak laa sekali virus nipah menyerang. Ada pulak yang mati dari kalangan pengusaha kaedah hi-tech ni dan dalam masa yang sama ada jugak yang mati dari kalangan penternak HARAM. Masa tu patut diguna AKTA KESIHATAN DAN KESELAMATAN AWAM. HARAMkan terus pembelaannya secara total.Perabih laa sikit duit tolong penternak BABI yang sedia ada untuk bertukat kepada sektor lain. Mungkin penternakan haiwan hiasan secara boleh dicuba, biar Malaysia terkenal dengan baka Kucing paling ternama, baka hamster paling comel ataupun baka iguana paling bergaya.

Punya laa heboh isu BABI ni sampai ada sorang member aku ni terbawak ke mimpi. Dalam mengigau tu dia boleh sebut "BABI pun tak buruk perangai macam tu, asyik makan tidur ja. Memang BABI la dia tu". Bini dia yang tidur kat sebelah pun terkejut. Kata bini dia laa.

Kata orang, bukan aku kata, depa yang kata. BABI ni perangai dia paling best sekali adalah ketegar. Ketegar gila babi. Kalau nak harap keluar sendiri jangan harap laa. Ditolak keluar pun dia tak mau tak mau. Ketegar sungguh. Cara yang paling mudah tarik ekor dia. Dia terkejut tu laju ja dia lari keluar.

Masalahnya PakLah tu orang, mana ada ekor. Kalau ada ekor dah lama dah dia keluar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...