Aku mula perasan sangat masa kat depan Dewan Merdeka kat Parit Buntar masa dok ramai-ramai tunggu umum keputusan pilihanraya baru ni. Aku pun joint sekali tunggu. Aku betuinya malas nak pi sana tapi pasai PM sorang tu ajak kena pi jugak laaa..
Aku betuinya tak berapa nak paham awat depa semangat sangat tunggu padahai kot mana pun akan tau jugak keputusan tu. Setakat tunggu ja, kalau boleh masuk dalam dewan tu ada jugak pekdahnya, at least untuk check sama dak keputusan dengan borang 14 yang ada kat kita.
Aku yang jadi setuju nak pi tu pun pasai aku ada bawa kamera. Boleh jugak ambik gambar, buat simpanan kenang-kenangan. Kot-kot dapat shot haibat. Alang-alang dah ada kat Parit Buntar ni.
Balik pasai isu takbir tadi. Kami sampai agak lewat jugak laa, pukul 11 lebih dah tapi sejak sampai tak dengar sekali pun lagi bunyi takbir. Yang dok dengar bunyi sorak berselang seli dengan tepuk tangan.
Tambah-tambah lagi bila DO mula ucapan nak umum keputusan. Sampai bila sebut nama calom PAS pun takdak dengar bunyi takbir. Tak boleh jadi ni. Something has to be done. Aku tunggu sampai sampai orang ramai agak diam, masa tu dengar suara DO ja aku pun jerit laa sekuat hati.
TAKBIR!!!
Ada laa sorang dua yang sambut. Siap ada yamg macam nak marah kat aku, mungkin terngah kusyuk nak dengar apa DO kata. Aku harap ramai yang teringat balik nak bertakbir.
Lepas pada tu baru laa dengar gempita bunyi takbir, dan yang bestnya siap ada yang jadi tekong jerit bawak doa wehdah walaupun takdan habis, mungkin dia tu pun dah lupa kot, lama dah tinggai laa tu.
Semalam masa jamuan kesyukuran pun jadi lagi. Aku tengok sorang budak pakai baju PAS punyalaa semangan tepuk tangan. Nampak gayanya kena aku jugak peringat depa2 ni. Tunggu masa yang agak sesuai masa YB Lim ADUN Titi Serong berucap aku jerit laa
TAKBIR!!!
Ramai jugak yang sambut. Lepas tu YB Lim sendiri bawak sama. Masa Dr. Mujahid berucap pun dia yang jadi tekong jerit. Agaknya dia pun lupa kot sebelum tu, dia pun baru perasan.
Takkan aku kena balik kampong tiap kali ada program PAS semata-mata nak peringat puak-puak PAS ni untuk TAKBIR kut, mana tahan...