Sampai macam tu depa punya provoke hangpa tak rasa apa-apa? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 02, 2016

Sampai macam tu depa punya provoke hangpa tak rasa apa-apa?

Taktau la pulak kalau ada 'otai' demo yang pernah turun Demonstrasi Bersih 1 dan 2 langsung tak rasa apa-apa bila tengo video tu. 

Penyokong BERSIH Baju Merah bertempur di Teluk Intan
Malaysiaini dalam berita bertajuk "Penyokong BERSIH, Baju Merah bertempur di Teluk Intan"  melaporkan :
Kumpulan Baju Merah dan penyokong BERSIH bertempur buat kali pertama di Teluk Intan hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Datuk Md Yunos cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis, yang berada di sana berkata mereka cuba berunding dengan Jamal kerana hanya mahu menuju ke Menara Condong untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jamal enggan berganjak dan tiba-tiba cuba merentap kain rentang yang dibawa oleh tiga peserta Bersih.

"Dia menumbuk lelaki yang berada di tengah-tengah dan kemudian berlaku tolak menolak," katanya.

Beberapa peserta cedera semasa pergelutan itu tetapi tiada siapa mengalami sebarang kecederaan serius. - Ibid.
Aku taktau la kalau ada kaki demo yang tak rasa apa-apa bila tengok video macam at bawah ni.


Sungguh, aku yang sebelum ni rasa macam tak berapa nak berminat nak turun demo Bersih 5 tu tapi bila tengo ke video ni dia mai rasa semacam bila nampak depa provoke sampai macam tu.

Kenangan dan pengalaman masa Bersih 1, 2 dan 3 terutama sekali masa Bersih 2 dah mula meracun fikiran aku.

Aku rasa aku patut mulakan balik aktiviti menghasut untuk demonstrasi Bersih 5 ni. Meracun fikiran terutama sekali otai demo Bersih 1, 2 dan 3.

Taktau la pulak kalau ada 'otai' demo yang pernah turun Demonstrasi Bersih 1 dan 2 langsung tak rasa apa-apa bila tengo video tu.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada geng "Jamal Pak Tongkol" yang mengembalikan balik semangat aku nak turun demo Ber5√h bulan depan


(Jamal cuba menggasak sekumpulan peserta konvoi Bersih 5) Lagi video provokasi baju merah menghalang #konvoiBERSIH5 di Teluk Intan.
Posted by Media Perak on Saturday, 1 October 2016

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...