Sebelum hangpa mengelirukan orang lain dengan status kopips hangpa dengan ulasan ikut suka hangpa, elok hangpa baca dulu berkenaan apa sebenarnya Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihanraya SPR tu.
Sekarang ni terutama di dalam media sosial, selain dari kecoh pasai RUU355 yang nampak semakin reda agak ramai jugak yang sembang pasai persempadanan semula bahagian pilihanraya yang SPR tengah buat.
Ramai bagi contoh macamana SPR "gerrymandering" sempadan bahagian pilihanraya untuk pastikan Umno BN tetap menang dalam PRU14 akan datang.
Ramai jugak yang aku rasa cuma sekadar kopipes tapi sebenarnya tak faham pun termasuk istilah-istilah yang SPR guna dalam pilihanraya termasuk istilah asas macam DM dan lokaliti pun ramai lagi yang aku rasa depa tak faham.
Jadinya sebelum hangpa mengelirukan orang lain pasai persempadanan semula bahagian pilihanraya dengan status kopips hangpa dengan ulasan ikut suka hangpa, elok hangpa baca dulu berkenaan apa sebenarnya Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihanraya yang SPR buat tu.
Lebih penting lagi, macamana prosedur untuk nak buat bantahan bagi menghalang kerja CELAKA yang SPR buat tu
Hangpa boleh baca penerangan yang SPR buat tu dalam website SPR tapi untuk mudahkan hangpa aku dah tolong PDFkan macam kat bawah ni.
Untuk download boleh klik link ini, kat situ hangpa boleh download file PDF tu dan kalau nak print terus pun boleh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis