Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1 tapi tetap kata Najib tak salah dengan alasan BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 01, 2016

Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1 tapi tetap kata Najib tak salah dengan alasan BANGANG

Isunya sekarang ni dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB tu MO1 tu dirujuk sebanyak 36 kali senang-senang Rahman Dahlan boleh kata Najib sebagai MO1 tak perlu bertanggungjawab.

Kredit imej: BBC
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Rahman Dahlan sahkan Najib adalah MO1" melaporkan:
Kerajaan secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," kata menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipetik BBC. - Mkini.
Rahman Dahlan macam dalam posting aku yang bertajuk "Rahman Dahlan mengesahkan yang Malaysia Official 1 (MO1) tu adalah Najib?" pada awal bulan hari tu pun dah sebut kenyataan macam ni tapi dia tak secara terang mengesahkan yang MO1 tu adalah Najib.

Mungkin dah tak tahan jadi orang BANGANG kali ni dia terpaksa sahkan secara terang atas nnama 'kerajaan'

Memang betul macam kata menteri Umno ni, cuma orang bodoh atau lebih tepat lagi BANGANG macam hampir semua menteri dalam kabinet Najib saja yang kata MO1 tu bukan Najib.

Malah dalam keadaan kerajaan secara rasmi dah mengesahkan pun masih ada lagi menteri Umno yang muka langsung tak tau malu tetap juga nak beraksi BANGANG.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Menteri lain enggan ulas pengesahan MO1 adalah Najib" melaporkan:
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas pengesahan kerajaan bahawa Malaysia Official 1 (MO1) adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas pengesahan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.

"Itu kena tanya Rahman Dahlan," kata Ismail dalam sidang medianya di Serdang hari ini. - Mkini.
Pasai tu tak heran bila ada Ahli Parlimen Umno yang lebih BANGANG lagi bila kata MO1 tu sebenarnya Yang Dipertuan Agong tapi lepas kena belasah teruk sampai pihak polis pun terpaksa bagitau akan siasat baru dia mengaku yang dia tersilap.

AstroAwani dalam berita bertajuk "MO1: Nawawi Ahmad mohon keampunan Yang di-Pertuan Agong" melaporkan:
Anggota Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad hari ini membuat kenyataan rasmi memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ekoran kekeliruan yang timbul daripada komen beliau tentang istilah MO1 yang viral di media sosial baru-baru ini. - AstroAwani.
Walaupun Rahman Dahlan mengesahkan yang MO1 tu adalah Najib tapi dia kata Najib tak perlu bertanggungjawab dalam isu 1MDB tu dan dia bagi alasan yang BANGANG.

Juga dilaporkan:
"Tetapi saya juga berkata, mengapa DOJ tidak menamakannya dengan nama yang betul. Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan ini.

"Ada orang lain yang dinamakan .... dan Jabatan Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, bagaimanapun berpendapat bahawa Najib tidak perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dana pelaburan negara itu.

"Beliau telah bertanggungjawab, dengan melantik pasukan baru di 1MDB. - Ibid.
Isunya sekarang ni dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB tu MO1 tu dirujuk sebanyak 36 kali senang-senang Rahman Dahlan boleh kata Najib sebagai MO1 tak perlu bertanggungjawab.

Macam yang aku pernah tulis sebelum ni, DOJ tak namakan Najib sebagai MO1 dan tak saman MO1 tu ada sebab lain bukan pasai Najib tak terlibat.

Dalam posting aku sebelum ni aku kopipes ulasan Fahri Azzat seorang peguam yang agak terkenal bagi penjelasan dari sudut undang-undang yang pada aku sangat relevan.
“Berkenaan dengan Malaysian Official 1, ini kerana dia seorang ahli politik yang masih memegang jawatannya. Jadi seperti yang diucapkan oleh bekas duta US ke Malaysia John Mallot, adalah merupakan polisi US untuk tidak menamakan ahli politik sebagai budi bahasa diplomatik.

Sebab lain kenapa mereka tidak menamakannya adalah mungkin kerana mereka tidak boleh dipersalahkan dari segi undang-undang, jadi perbuatan menamakan mereka boleh memberi kesan yang buruk terhadap reputasi masing-masing.” – Fahri Azzat.
Macamana senang-senang Rahman Dahlan boleh kata Najib sebagai MO1 tak bersalah sedangkan DOJ tulis cukup jelas penglibatan MO1 macam yang aku kopipes sebahagiannya kat bawah ni.
In October and November 2012, Blackstone transferred $30,000,000 to an account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1.

Finally in December 2012, Blackstone transferred $5 million to a Swiss account beneficially owned by 1MDB OFFICER 3, who was then 1MDB’s General Counsel and Executive Director of Group Strategy. ( ms 41 )

197. On or about December 6, 2012, a wire in the amount of $5,000,000 was sent from the Blackstone Account to an account at Falcon Bank in Zurich maintained in the name of River Dee International SA (“River Dee Account”).
198. 1MDB OFFICER 3 is the beneficial owner of the River Dee Account at Falcon Bank. - Mkini

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...