Amanah patut cadang Dr. Mahathir bertanding di Johor bukannya Putrajaya. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 02, 2016

Amanah patut cadang Dr. Mahathir bertanding di Johor bukannya Putrajaya.

Pasai tu pada aku kalau Dr. Mahathir masih berminat untuk bertanding dalam pilihanraya dia lebih patut digesa untuk bertanding di Johor dan untuk pastikan ada harapan untuk menang Dr. Mahathir kena pastikan kesan isu KENYATAAN BANGANG dia tu diselesaikan sebaik mungkin.

Kredit imej: UtaraNews.
Malaysiakini dalam berita bertajuk "AMANAH mahu Dr Mahathir tanding di Putrajaya" melaporkan:
Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di kawasan parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang sebagai calon Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pengarah Komunikasi, AMANAH Putrajaya, Mohd Radzi Abu Bakar berkata, idea itu juga dipersetujui oleh ahli baru AMANAH, Datuk Husam Musa, yang telah diletakkan sebagai calon Putrajaya pada tahun 2013 oleh PAS. - Mkini.
Bab nak mencadang calon memang hak Amanah Putrajaya tapi pada aku tak payah la kut, orang tua tu bukannya larat sangat dah, sangat tak sesuai jadi calon PRU. Aktif sikit ja sebelum ni terus masuk hospital kena tahan dalam wad.

Pada aku dari cadangkan Dr. Mahathir bertanding di Putrajaya lebih baik suruh Dr. Mahathir bertanding di Johor, biaq dia lebih sedar diri dan tak buat kenyataan BANGANG lagi.

Malaysiakini pada 25 Ogos dalam berita bertajuk "Sultan Johor minta Dr Mahathir tutup mulut" melaporkan:
Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar memberitahu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar mengenai konsep 'Bangsa Johor'.

Ini selepas Mahathir berkata dalam satu forum semalam bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan memberi amaran ia boleh membawa keruntuhan persekutuan.

"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau kacau sarang tebuan dan nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya.

"Dia berkeliaran memecah belah rakyat, termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, termasuk orang Melayu," Sultan Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.

Baginda menambah Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan. - Mkini.
Walaupun secara dasarnya aku setuju dengan kenyataan Dr. Mahathir tu tapi kenyataan macam tu sangat-sangat tak sepatutnya keluar dari mulut Dr. Mahathir dalam suasana dan keadaan Dr. Mahathir sekarang.

Aku langsung tak nampak apa relevannya Dr. Mahathir buat kenyataan macam tu pasai tu pada aku kenyataan Dr. Mahathir berkenaan 'Bangsa Johor' tu adalah kenyataan yang BANGANG.

Masalahnya Dr. Mahathir tetap Dr. Mahathir yang ego cukup tinggi, walaupun aku yakin dia sedar akibat tersilap keluarkan kenyataan bangang macam tu tapi dia nampak macam langsung tak berusaha untuk jernihkan balik suasana.

Kesian kat Muhyiddin Yasin yang baru hantar borang tubuh parti baru Bersatu kepada ROS. Kesan kenyataan BANGANG Dr. Mahathir ni Muhyiddin Yasin pun nampak macam tak berapa nak berani nak buat riuh pasai parti baru dia tu.

Aku yakin Muhyiddin sedar kalau orang Johor pun tak boleh bagi sokongan padu kepada parti baru dia tu payah la dia nak ujudkan 'Political Base' dia yang kukuh di Johor.

Aku yakin bukan Bersatu saja yang kena akibat kenyataan bangang Dr. Mahathir tu tapi Amanah pun kena tempias jugak pasai tu pada aku lebih elok Amanah cadangkan Dr. Mahathir bertanding di Johor dari cadangkan Dr. Mahathir bertanding di Putrajaya.

Dalam keadaan realiti Johor adalah tapak yang agak cerah untuk Bersatu kenyataan Dr. Mahathir yang bangang tu sikit sebanyak memang merencatkan perkembangan parti Bersatu baru tu yang ramai melihat sebagai barti Dr. Mahathir walaupun Muhyiddin Yasin yang jadi Presiden.

Pasai tu pada aku kalau Dr. Mahathir masih berminat untuk bertanding dalam pilihanraya Dr. Mahathir patut digesa untuk bertanding di Johor dan untuk pastikan ada harapan untuk menang Dr. Mahathir kena pastikan isu ni diselesaikan sebaik mungkin.

Walaupun nampak remeh bagi sesetengah orang tapi bagi 'Bangsa Johor' yang masih ramai berfahaman assobiah tahap bangang, isu 'picisan' macam ni tak mustahil akan bagi impak yang besar di peti undi.

Walaupun aku yakin dah ramai yang sedar tapi aku rasa masih ramai lagi yang seolah-olah menganggap daulat raja tu semacam melebihi takdir, tak kira la sama ada depa memang beriktiqad macam tu atau pun seqodar berlakon macam tu demi tujuan politik.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...