Kalau Lim Siew Khim sanggup buat sampai tahap tu untuk 'membersihkan' kesalahan bapa dia, aku yakin nama dia bukan saja akan bersih tapi akan jadi lebih menyinar selepas ni.
Malaysiakini melaporkan:
ADUN DAP Sungai Pinang Lim Siew Khim hari ini memberi penjelasan yang terang mengenai kontroversi dakwaan rasuah melibatkan bapanya, dengan mengaku bahawa lelaki itu mempunyai sejarah "mencipta masalah".
Beliau juga mengulangi bahawa tidak mengetahui ayahnya, Lim Keat Seong mengutip wang kononnya atas alasan bahawa mereka yang membuat bayaran akan mendapat rumah kos rendah.
Siew Khim membuat penjelasan dalam rakaman video berbahasa Mandarin oleh China Press apabila delegasi DAP melawat ibu pejabat akhbar tersebut di Pulau Pinang hari ini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Siew Khim mengesahkan beliau menerima panggilan yang katanya adalah dari seorang pemimpin Parti Cinta Malaysia (PCM) lebih setahun lalu.Isu ni heboh bila viral satu video yang bertajuk "Isu rasuah perumahann kos rendah di Negeri Pulau Pinang" yang membabitkan ayah Adun cina DAP ni.
"Dia menghubungi saya ... dia kata dia tahu tentang keluarga saya dan mengadu bahawa bapa saya telah mewujudkan masalah di luar," katanya.
Dengan geram Siew Khim meneruskan: "Secara jujur ... Saya tidak mahu kata, tetapi ... bapa saya telah mewujudkan masalah sejak saya masih kecil, dan sepanjang tahun saya membesar sehingga saya seorang dewasa ...
"Ia menjadi seperti makan nasi dan air minum kepada saya," katanya.
Siew Khim mengatakan pada masa itu, dia tidak mengambil serius dakwaan yang dibuat terhadap bapanya kerana ia datang daripada ahli parti lawan. - Ibid.
Malaysiakini jugak melaporkan:
Dia terbabit dengan kontroversi itu selepas video pertama dikeluarkan menunjukkan rundingan antara bapanya dan mangsa yang menuntut wang mereka dikembalikan.Bernama pada 29 Ogos dalam berita bertajuk "Wakil Rakyat DAP Jauhkan Diri Daripada Dakwaan Rasuah Terhadap Bapa" antara lain melaporkan:
Sejurus selepas video pertama diketengahkan oleh Gerakan Pulau Pinang, Siew Khim berkata, bapanya mahupun dirinya sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi jualan rumah kos rendah oleh kerajaan negeri.
Dalam penjelasan beliau hari ini, Siew Khim juga mengakui bahawa saudara angkatnya Ong Hock Hin, yang merupakan sepupunya berada ketika rundingan dirakam dalam video pertama.
Beliau menambah bahawa saudaranya tahu mengenai "masalah yang dibuat" ayahnya tetapi kesal kerana tidak memberitahunya lebih awal.
"Ia jelas ini adalah satu konspirasi untuk mengenakan saya. Jika anda benar-benar mahu keadilan untuk orang-orang (yang ditipu), bawa mereka ke balai polis dan buat laporan, pergi ke ayah saya ..." katanya tanpa menghabiskan ayat.
"Apa yang boleh saya lakukan? Apa yang anda mahu saya lakukan?" tambahnya. - Ibid..
Setakat ini, saya tidak menerima sebarang aduan di kawasan saya berhubung amalan rasuah seperti yang didakwa untuk mendapatkan unit-unit rumah kos rendah dan saya nasihatkan semua mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan," katanya. - Bernama.Sanggup Adun DAP ni 'khianat' bapa dia sendiri. Bukan saja dia tak pertahankan bapa dia malah siap suruh mangsa bapa dia buat buat report polis.
Apa pun, aku tak nampak sangat isu ni akan bagi kesan yang besar kepada kepercayaan rakyat kepada DAP. walaupun Gerakan, MCA dan PCM nampak begitu bersungguh-sungguh mainkan isu ini.
Pasainya bukan Adun tu yang bersalah tapi ayah dia dan dia tidak terlibat. Kalau yang buat kerja tu anak dia bolehlah jugak kalau nak salahkan dia pun.
Jauh sangat kalau Gerakan, MCA dan PCM nak salahkan Lin Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung MCA.
Kalau nak ada kesan pun mungkin sedikit pada sisi kelemahan pentadbiran kerajaan DAP yang gagal mengesan aktiviti rasuah ni walaupun katanya dah berlaku sejak setahun yang lalu. Tapi kesannya tak mungkin besar pasai isu ni tidak melibatkan secara langsung kakitangan atau agensi kerajaan negeri.
Apa pun, nasihat aku kalau Lim Siew Khim nak bersihkan nama dia dan nama DAP, dia patut lebih bertanggungjawab dengan cara pastikan semua yang dah ditipu oleh bapanya tu dapat balik wang yang dah depa bagi dari wang dan harta bapa dia dan kalau tak cukup dia perlu keluarkan wang dia sendiri untuk bayar semua 'hutang' bapanya tu walaupun dia perlu berhutang.
Kalau Lim Siew Khim sanggup buat sampai tahap tu untuk 'membersihkan' kesalahan bapa dia, aku yakin nama dia bukan saja akan bersih tapi akan jadi lebih menyinar selepas ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis