Hebatnya politik Azmin, berjaya perkuda Anwar dan Dr. Mahathir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 08, 2016

Hebatnya politik Azmin, berjaya perkuda Anwar dan Dr. Mahathir?

Dan jangan terkejut kalau lepas ni Azmin berjaya mempertemukan antara Hj Hadi dengan Guan Eng pulak, satu usaha yang nampak cukup payah tapi tak mustahil untuk berjaya.

AstroAwani dalam berita bertajuk "Pertemuan Tun Mahathir-Anwar: Usaha kolektif, Azmin Ali antara perancang" melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang merancang pertemuan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kelmarin.

Menurut Mohamed Azmin, pertemuan itu merupakan usaha kolektif beberapa individu dalam usaha penyatuan parti-parti pembangkang. - AstroAwani.
Hangpa nampak dah betapa hebatnya mainan politik Azmin. Walaupun Azmin kata pertemuan Mahathir Anwar tu hasil usaha kolektif tapi aku yakin itu sebahagian dari mainan politik Azmin.

Dari awal bila aku tengok gambar Dr. Mahathir bersalaman dengan Anwar aku terbayang muka Azmin tersenyum gembira.

Sebelum ni kehebatan mainan politik Azmin dengan 'langkah Kajang' dan 'Wan Azizah tak layak jadi pemimpin' dan ditambah dengan beberapa rundingan sulit belakang tabir dan dibelakang istana yang rahsia dan juga yang 'sengaja dibocorkan, dengan plot yang cukup cantik dan scenario yang cukup hebat akhirnya Azmin berjaya duduk di kerusi Menteri Besar Selangor.

Cukup hebat mainan politik Azmin masa tu sampai ramai yang tak sedar sehinggalah tiba-tiba dia 'potong tang kona' yang akhirnya jawatan Menteri besar Selangor tu jatuh ke tangan dia. Malah sampai sekarang pun ramai yang masih tak sedar mainan Azmin tu.

Hanya orang yang naif politik saja yang akan kata Azmin bernasib baik dilantik menjadi Menteri besar Selangor kerana dia berada ditempat yang tepat dan di masa yang tepat.

Tak keterlaluan kalau aku katakan yang Azmin sebenarnya telah berjaya 'memperkuda' Anwar untuk menjayakan strategi Azmin untuk pegang 'kuasa dedak' yang cukup besar di Selangor.

Jawatan Menteri Besar Selangor tu bukan matlamat tapi cuma alat untuk mencapai impian sebenar Azmin untuk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, satu impian yang memerlukan mainan politik yang lebih hebat dan lebih licik lagi atau mungkin lebih tepat kalau aku guna istilah lebih 'kotor' lagi.

Kali ni mainan Azmin semakin hebat bila dia berjaya mempertemukan sinergi dua generasi, satu episod atau scenario baru yang baru bermula.

Keadaan sekarang ni memang cukup mudah untuk Azmin 'memperkuda' Dr. Mahathir. Dr. Mahathir sekarang dalam keadaan cukup tertekan, usaha dia untuk menyingkirkan Najib dari jawatan Perdana Menteri masih belum berjaya.

Masa untuk Dr. Mahathir pun dah tak banyak dan PRU ke-14 adalah peluang terakhir untuk Dr. Mahathir jatuhkan Najib. Kehebatan politik Dr. Mahathir yang cukup gemilang selama ini akan tercemar teruk kalau dia gagal menjatuhkan Najib.

Jadinya jangan terkejut kalau selepas ni tiba-tiba Dr. Mahathir minta maaf secara terbuka kepada Anwar, kononnya dia ditipu oleh 'kepercayaan' dia yang 'memfitnah' Anwar dengan bukti yang direka cukup hebat sampai dia pun tertipu dan sudah tentu akan ada seorang yang akan menjadi 'kambing hitam'.

AstroAwani juga melaporkan:
"Ia usaha kolektif...saya sedang berusaha sebaik mungkin untuk bercakap dan bertemu dengan semua parti (pembangkang).

"Saya fikir ia satu perkembangan yang cukup besar pada masa kini, tetapi proses ini masih lagi berjalan dan saya harap kita akan dapat lihat keputusan yang baik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14," katanya kepada media selepas menghadiri Seminar "Copenhagen Solutions For Sustainable Cities" di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini. - Ibid.
Dan jangan terkejut kalau lepas ni Azmin berjaya mempertemukan antara Hj Hadi dengan Guan Eng pulak, satu usaha yang nampak cukup payah tapi tak mustahil untuk berjaya. Ada beberapa 'peluru' atau 'senjata' yang Azmin ada yang dia boleh gunakan untuk merealisasikan pertemuan tu.

Masa tu Amanah akan jadi seperti melukut di tepi gantang, mungkin tinggal bersendirian dalam Pakatan Harapan yang tinggal harapan.

Moga-moga ianya tidak menjadi kenyataan dan Pakatan Harapan akan berjaya didaftarkan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...