Ahmad Maslan bukan saja bangang tapi buta sejarah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 29, 2014

Ahmad Maslan bukan saja bangang tapi buta sejarah

Dia taktau yang sejarah letak jawatan untuk bagi laluan kat orang lain tu Umno dah buat lama dulu tapi jenis buta sejarah nak buat macamana walaupun berjawatan Ketua Penerangan Umno.

Bharian melaporkan:
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara mengkaji meminda Akta Pilihan Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan tanpa alasan.

Ahmad berkata ia perlu selepas tiga wakil rakyat pembangkang sengaja meletak jawatan bagi memberi laluan kepada orang lain menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak 2008. - Bharian.
Dia ingat dia ada hujjah yang cukup kuat kut nak salahkan Pakatan Rakyat isu Adun Kajang Lim Chen Cheh letak jawatan tu.

Dia taktau yang sejarah letak jawatan untuk bagi laluan kat orang lain tu Umno dah buat lama dulu tapi jenis buta sejarah nak buat macamana walaupun berjawatan Ketua Penerangan Umno.

mStar semalam melaporkan:
Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor.

Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan. - mStar.
Aku dok tunggu jugak Dr. Mahathir nak komen pasai isu perletakan jawatan Adun Kajang ni, tapi ternyata Dr. Mahathr bukan jenis buta sejarah macam Ahmad Maslan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...