Soladiriti untuk Chetz yang mangkuk hayun | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Ogos 03, 2013

Soladiriti untuk Chetz yang mangkuk hayun

Tapi dari sudut lain, memang perlu kut gunakan cara kontroversi macam ni baru orang ambik perhatian, kalau guna cara 'cliche' sapa nak ambil peduli.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) mengatakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof menghina agama Islam melalui videonya yang tersebar luas di YouTube.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Jakim akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat tindakan susulan. - TMI.  
Aku tak setuju langsung dengan Jakim, aku tak nampak video ni sebagai menghina Islam, tapi kalau menghina orang melayu mungkin betul.

Pasainya yang anggap anjing jijik sangat ni mungkin cuma orang melayu, Islam tak ajar macam tu. Setahu aku Islam malah membenarkan kita makan hasil buruan yang diburu oleh anjing buruan walaupun anjing tu tentunya menggigit hasil buruan dia dan hasil buruan dia tak perlu disertu (bukannya kena samak macam istilah yang orang melayu dok guna.)

Aku sendiri pun cuma semenjak dua menjak ni ja ada persepsi berbeza pasai anjing, cuma belum sampai gamak nak pegang saja lagi, bukan geli tapi malas nak kena sertu.

Lagi satu, aku nak ucapkan terima kasih kat Chetz pasai bagi satu tazkirah Ramadhan dan Aidilfitri untuk orang Islam terutamanya pasai isu anjing dalam Islam. Aku yakin sebab isu ni panas ramai yang google pasai hukum anjing dalam Islam. Paling kurang pun aku dapat satu benda baru yang sebenarnya bukan kena samak tapi kena sertu.

Cumanya tak ramai yang anggap isu ni sebagai tazkirah, yang ramainya mempertontonkan kebodohan dan keBANGANGan depa dalam aksi nak tunjukkan samseng depa, konon nak mempertahankan Islam tapi sebenarnya boleh mengujudkan lebih salah-faham orang bukan Islam kepada Islam.

Macam kata Zunar, video ni sebenarnya lebih kepada video itu bukan satu jenayah, sebaliknya sekadar provokasi sosial dan sangat tak kena bila dia direman untuk disiasat dia bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Pada aku dia patutnya disiasat di bawah kesalahan pasai dia beraksi 'mangkuk hayun', tu pun kalau beraksi 'mangkuk hayun' satu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang negara.

Mangkuk hayun pasai buat video bersama anjing dengan latarbelakang aidilfitri dan pakai baju melayu telok belangan, macam saja orang melayu hangat hati dan maki hamun dia yang akhirnya bukan setakat maki hamun tapi ditahan reman pulak tu kalau pun mungkin tak didakwa di bawah kanun keseksaan dan jugak akta hasutan yang drakonian tu.

Kat bawah ni penerangan sorang Ustaz berkenaan isu ni dari sudut Islam dan sosial.


Satu penerangan yang senang kot nak faham. Cumanya aku kurang setuju dengan hukum 'haram jaddah' yang ustaz ni 'fatwa'kan untuk aksi Chetz tu. Istilah 'mangkuk hayun' pada aku mungkin lebih sesuai.

Kalau betul pun nak ujudkan awareness pasai isu anjing, banyak lagi kut cara lain yang dia boleh buat dari buat aksi 'mangkuk hayun' macam tu.

Tapi dari sudut lain, memang perlu kut gunakan cara kontroversi macam ni baru orang ambik perhatian, kalau guna cara 'cliche' sapa nak ambil peduli.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...