MCA pun dah tak 'gerun' dengan Umno, kata pemimpin Umno GILA | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 01, 2013

MCA pun dah tak 'gerun' dengan Umno, kata pemimpin Umno GILA

Memang nampak sangat orang cina sekarang ni langsung tak gerun kepada Umno tapi dalam masa yang sama 'kegerunan' depa tu sebenarnya dah bertukar kepada 'hormat' yang berpindah kepada Pakatan Rakyat.

Malaysiakini melaporkan:
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

NONE"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini. - Mkini.   
Bab ni aku cukup setuju dengan bekas 'pelakon prono' ni. Perkataan GILA memang lebih sesuai dari perkataan bangang yang aku selalu guna.

Tak gila apanya sampai nak siasat 'pendedah maklumat' yang kemudiannya jadi kontroversi tu di bawah Akta Hasutan.

Pasainya aku cukup yakin ibubapa atau penjaga yang dedahkan maklimat tu cuma nakkan keadilan untuk anak dibawah jagaan dia. Gila apa pelajar sekolah kena makan dalam bilik persalinan di dalam negara Malaysia yang kononnya ke arah negara maju lagi 7 tahun. Maju kepala hotak apa macam tu.

'Maklumat' apa sangat yang dia dedahkan, takkan murid terpaksa makan dalam bilik persalinan tu pun tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Tepat sangat macam Prof Dr. Agus update panjang lebar dalam facebook dia
Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat? - Facebook.
Lagi satu, mungkin betul jugak ayat yang Zulkiflee Bakar tulis dalam tulisannya bertajuk ‘Orang Melayu tidak lagi digeruni?’ dalam Utusan:
“Puak yang melakukan perbuatan itu seolah-olah sudah tidak ada rasa gerun atau hormat kepada orang Melayu,” tulis Zulkiflee hari ini. - TMI.
Tapi nak kena tukar perkataan 'Melayu' tu kepada 'Umno'. Memang nampak sangat orang cina sekarang ni langsung tak gerun kepada Umno tapi dalam masa yang sama 'kegerunan' depa tu sebenarnya dah bertukar kepada 'hormat' yang berpindah kepada Pakatan Rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...